Monday, 26 December 2016

Komik

Assalamualaikum semua..

-karya lama-

Hi my fellow readers! Guess who's back?? It's me, Balqis! SPM is over last month. The same thing goes to my meaningful and yet beautiful school life.. I miss my school :')
Fuhh it's been a year since my last post.. I'm glad to be back.. There's a lot of changes here.. I've changed my blog name to -> Be Extraordinary. Be Happy. <- Well, I want to make it longer but better not.. I've also changed my link to -> bblogbbalqis.blogspot.com <-
And one more thing, I'll be starting bahasakan diri as 'aku' so you will feel like reading my diary.. /diary lah sangatt/

Back to the topic, dah lama aku tinggalkan dunia melukis komik..
Rasa ingin kembali, tapi tak ada inspirasi. /haha that rhymes/ 

Tiba-tiba teringat, zaman aku darjah 5 dulu.. Aku ada satu buku tulis conteng2 yang aku lukis komik dalam tu.. Banyak cerita2 pendek macam komik 'Lawak Kampus' tuu.. Cerita is based on my life at school and many ideas from my bff, Farhah ;) /suka tak org credit kat dia haha/ Aku pass komik tu kat satu kelas dan semua orang pun baca.. Ramai kata best maklumlah budak2, mestilah kata best tapi hanya Allah je tahu lukisan aku buruk sangat masa tu xD

Part paling best, cikgu pun turut baca komik aku /aduhhhh/ 
Cikgu tu pun galakkan aku lukis komik tapi dia harap aku akan buat komik yang berfaedah.. macam zaman sekarang ni, kan banyak komik2 dakwah, kat fb, insta, tweet dll. 
Sejak dari tu, aku tanamkan niat nak jadi pelukis komik.. Sampai satu tahap tu, aku kumpul duit nak beli something yang aku tak ingat nama dia.. dia macam satu board elektronik yang sambung pada laptop dan boleh lukis atas tu.. /selalunya pelukis komik pro mesti ada benda ni/

Tapi tak kesampaian harapan aku nak beli benda tu huhu.. Lepas tu, aku pun beli banyak pensel melukis dari HB sampai ke 8B  /tapi sekarang dah hilang angkara adik2/ dan belajar lukis manga dari youtube.. /gigih betul masa tu/ Allahu, bila aku boleh dapat balik semangat waja tu..

And yeah, sekarang ada beberapa orang kawan aku start tanya, "Weh, bila nak buat komik kau?"
Susah nak jawab.. bukan apa, tak tahu nak buat cerita apa, lagipun skill melukis aku bukannya hebat sangat nak buat komik huhu.. Insyaallah, jika aku diberi kesempatan masa dan tenaga /dan duit kalau perlu haha/ aku akan cuba buat... tapi tak boleh nak janji, okay? Kalau ada, ada.. kalau tak ada, bukan rezeki lah namanya..

Sampai sekarang, aku tak berhenti melukis dan membaca komik haha /kaki komik M/.. aku suka conteng2 je pada buku tulis, mana2 ruang kosong kat buku, kat kertas exam.. /eh?/  Aku cuma perlukan semangat waja aku untuk melukis haha.. Doakan lah ya..

Rasanya setakat ni sahaja cerita aku hari ini.. hope that I'll cheer up your life today ;)
Doakan Balqis dapat 11 A+ untuk SPM 2016. Aminnn..
Wassalam.

Lots of love,
Balqis <3

Friday, 30 October 2015

// Long Time No See // #2

Assalamualaikum semua..


So yeah, its beeeeeeeennnnn a loooooonnnnggg time since my last post haha macam nak start tulis karangan pulak ~
So how's your final exam a.k.a end year exam??
Are doing alright?? Or great??
By the way, GOODLUCK TO ALL SPM STUDENTS!! Do your best because it is a step to your bright future! Biar ibu bapa menangis kerana gembira bukan kesedihan..
Also to all the students yg dah habis periksa, doa banyak-banyak supaya kita dapat keputusan yang cemerlang di atas usaha kita selama ni!!

I sound like really excited haha.. Yeah, sebab dah dekat setahun tak update mana tak rindu dengan blog ni~~ Post kawan-kawan bloggers pun tak sempat nak baca..
Faham-faham la hidup budak form 4 ni.. Orang kata time form 4 ni "honeymoon"...
"Honeymoon" apa benda??!! >:(  Belajar subjek hardcore, kerja sekolah belambak, nak ulangkaji lagi.. haih...

Ini realiti bukan fantasi..

Allah bagi dugaan sebab Allah sayang kita betul tak??
Allah takkan uji hambanya dengan ujian yang dia tak mampu..
Oleh itu, usaha, doa, tawakal dan redha dlm dugaan ni..
Hidup mesti ada ups and downs.. baru best jalan cerita dia betul tak??
#muhasabahdiri 

Nak tulis apa lagi pun I have no idea..
You know what?? Tahun ni oral English, saya berpeluang communicate dengan partner dari Jepun!! Setiap orang ada partner tapi ada juga yang share partner.. Partner saya namanya Misaki Nakamura.. cantik namanya secantik tuan punya nama tu tapi saya tak ada lah nak letak gambar dia di sini.. maaf ya.. itu privasi :3

Banyak sangat benda yang dah berlaku sepanjang tahun ni..
Rasa nak cerita semua.. tapi ni je yang mampu diceritakan sekarang haha..
tunggu lah part seterusnya okay??

Lastly, terima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang rajin singgah blog ni..
Maafkan saya jika terkasar bahasa, tersalah bicara..
Insyaallah kita jumpa dalam post seterusnya okay??
See you soon!!
Bye!!
Wassalam..

By :  Balqis

Monday, 15 December 2014

Salah ke minat K-pop?

Assalamualaikum semua...


K-POP : 

"Korean Pop" (Muzik Pop Korea) adalah muzik yang berasal dari Korea Selatan. Hebatnya K- Pop ni sehingga tempiasnya menyebabkan fenomena hebat disebut Hallyu atau Korean Wave. Negara kita pun salah sebuah negara yang menerima tempias yang cukup hebat!

"Salah ke minat K-Pop?" Soalan ini memang banyak saya dengar.. termasuklah saya sendiri yang ingin tahu jawapannya.. Artikel ni bukan saya punya sepenuhnya.. Credits to Asyraf Khalib. Saya mengambil isi-isi dari blog tersebut..Terima kasih..


"Salah ke minat K-Pop?"

Sebenarnya saya pun minat juga K-Pop ni.. *mengaku*
tapi tak ada lah sampai obses sangat..
Ok, berbalik kepada tajuk tadi..

Minat adalah suatu keadaan di mana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari mahupun membuktikan rasa sukanya. Pada saya, perasaan "minat" itu adalah fitrah..

Berdasarkan artikel yang saya baca, hasil perbincangan dan rujukan kpd ulama oleh tuan blog tersebut, hukum dalam Islama menyatakan tidak salah minat dengan artis K-Pop dengan syarat tidak menjadikan individu tersebut sebagai idola anda. Apa yang jelas dalam istilah "idola" ini ialah minat itu tidaklah fanatik (obses) sehinggakan bilik tidur, telefon bimbit, cadar tilam, sarung bantal, malah baju anda penuh dengan gambar artis tersebut.

Kenapa tak boleh?

"Orang Islam tidak akan ambil orang-orang yang lagha (dalam hiburan spt penyanyi, pelakon, penari) sebagai orang yang sangat dipuja. Yang kita puja ialah Rasulullah S.A.W. " -UAI

Pun begitu, minat untuk tengok bakat artis Korea dalam menyanyi, berlakon drama dan sebagainya tidak menjadi kesalahan adapun ia menghiburkan anda. Saya pun tonton drama Korea juga. Hebat! Tapi perbuatan itu tidaklah dituntut dalam Islam dan pastikan ada had. 

Had yang macam mana?

Tidak berimaginasi yang melampaui batas sehinggakan ada individu yang jenis setiap suatu dalam hidup dikaitkan dengan Kpop, baju pun Kpop, rambut pun Kpop, suami pun nak macam Kpop -_-" Dalam bilik tidur ada poster Kpop, nak tidur kena wish "good night" pada gambar baru tidur.. Itu kena terima hakikat bahawa anda Islam dan agama larang anda buat begitu..


Kesimpulan

Saya rasa minat Kpop tidaklah 100% salah..
Boleh minat tapi jangan obses..
Mesti ada hadnya...
Apa-apa pun, jangan sampai kita lalai..

Setakat itu sahaja..
Wallahualam..

*artis kesukaan*


Sincerely, 
BalqisStyle 

Thursday, 23 October 2014

// Long Time No See // #1

Assalamualaikum semua...

Sudah lama tidak bertemu dengan blogku yang tercinta....
Apa khabar semua...? Saya doakan semua dalam keadaan sihat walafiat dan happy selalu..
Sudah berbulan-bulan saya tidak meng-update blog ni..
Saya minta maaf membuat anda semua tertunggu-tunggu..akan entri saya yang seterusnya...
Sebenarnya..memang nak update tapi..hari tu...haih...Google+ buat pasal... Sabar je lah...

Wow...along these two months, I've been struggling for PT3 exam...
With all the trials, the exercise books and studying...
This year is very challenging for us, the first batch of PT3...
But..Alhamdulillah..we get through these challenges patiently...

Alhamdulillah.. PT3 is not that hard...
Its just all the KBAT@HOTs
Dari sudut positif, soalan PT3 cuma berbelit...tapi..ia menjana pemikiran..
Semuanya telah kita pelajari..dan PT3 menggalakkan kita untuk mengamalkan segala ilmu yang dipelajari..

Nak cerita pasal trial..haih...
Saya dapat 6A 1B..
Sedih lah...
tapi tidak mengapa sebab saya sudah berusaha dengan lebih keras for the real one...
Nak tahu sesuatu tak, haha
BM ngan BI saya tak ada lah hebat sangat
BM dapat cukup makan..BI dapat B dalam trial..
Lepas tu, saya rajin membaca surat khabar BM dan BI...
Sangat berkesan..
Jadi, saya sarankan sesiapa yang nak meningkatkan penguasaan BM dan BI perlu baca surat khabar..
Lihat lah saya sekarang, asyik bercakap bahasa baku, haha

Hmm..how about the real PT3?
Alhamdulillah.. saya dapat menjawab soalan dengan mudah...
Lepas habis je semua exam, saya menangis terharu..tak tahu lah mengapa...
Saya berharap akan mendapat keputusan yang cemerlang..Insyaallah n Amiin...

Baiklah..setakat itu sahaja..luahan hati saya..
Sehingga bertemu lagi dia entri yang lain..
Wassalam...

Sincerely,
BalqisStyle <3

Saturday, 8 March 2014

Elak Zina

Assalamualaikum semua..

*gambar hiasan semata-mata*

Apa khabar semua?? Dah rindu ke dengan blog saya ni? Dah sebulan saya tak update..minta maaf ya... Terima kasih kerana sudi menunggu.. Saya betul-betul busy dan selalu tak ada idea nak update blog... Blog ni berdebu betul *tiup2 habuk* *lap2 sikit* Ok dah!

Hari ni saya nak kongsi tips elak zina. Zina dah semakin berleluasa sekarang ni..Ya Allah..lindungilah kami daripada perkara-perkara yang buruk...

Tips Elak Zina

  • Elakkan bersendirian sehingga timbul keinginan untuk melakukan mukadimah zina
  • Banyakkan aktiviti bermanfaat seperti bersukan, bersenam dan sebagainya
  • Elak bergaul dalam kelompok yang boleh mendorong kita melakukan kejahatan
  • Tanam keazaman yang kuat untuk menghindari zina
  • Sentiasa sematkan di minda bahawa kehidupan masa depan penzina itu kelam
  • Bezakan cinta dan nafsu. Cinta itu suci. Nafsu itu noda. Jangan biarkan noda syaitan menjadi teraju hidup kita
  • Mahalkan harga diri. Biar hilang kawan daripada hilang maruah dan iman
  • Setiap kali terdetik hendak melakukan zina, kenangkan wajah ibu dan ayah, hadirkan rasa gerunnya jika maut datang ketika berzina

Itu sahaja untuk hari ini..
Sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang..Bye!!

Monday, 13 January 2014

Bila Saya Boleh Bercinta?

Assalamualaikum semua..

*jangan salah faham, diorang suami isteri dalam anime ni*

Lama rasanya tak update blog ni kan? Kan, kan, kan? Sampai ada kawan saya tu tanya bila nak update blog..haish... Saya minta maaf sesangat sebab saya memang sibuk dengan kerja sekolah yang bertingkat-tingkat dan tinggi macam Gunung Everest *haha, lebih-lebih pulak* Hari ni, tiba2 pulak tajuk jadi jiwang, hehe.. Mesti anda semua nak tahu kan, kenapa tiba2 je saya tulis pasal cinta-cinta pulak ni? Kenapa pulak ngan si Balqis ni eh?


Bila sebut pasal cinta ni, mulalah korang nak ingat orang yang korang suka kan.. Eh, eh, jangan! Saya tak suruh korang ingat pun orang tuh! Kalau boleh, tak payah ingat pun tak pe.. Sebab kita yang remaja ni kena tumpukan perhatian terhadap pelajaran dulu.. Cukuplah korang fikir bila korang boleh bercinta.. Tangguhkanlah masa untuk bercinta tu sebab ia akan tiba bila sampai masa nanti.. 

Bila fikiran kita lebih terarah kepada matlamat yang lebih jelas dan realistik, akan hadirlah cinta kepada kebaikan, cinta terhadap perjuangan Islam, cinta buat keluarga tersayang dan sentiasa berlumba-lumba meraih cinta sebagai seorang kekasih Allah..

Kesimpulannya di sini, cintalah kepada Allah dulu.. Tak payah nak menggatal bercinta waktu remaja. Tumpukan perhatian terhadap pelajaran, bila dah berjaya, dah bekerja, barulah boleh fikir pasal bercinta..

Bak kata kawan saya :

Ini baru cinta remaja.
Bercinta dengan ilmu,
Bertunang dengan buku,
Berkahwin dengan kejayaan.

5 Syarat Menjadi Kekasih Allah
  • Setia ketika susah dan senang
  • Tekad dan taubat
  • Reda kerana Allah
  • Akhirat dulu, baru dunia
  • Berkorban demi Islam

Itu sahaja untuk hari ni, Insyaallah saya akan update blog pada masa akan datang..
Sesungguhnya yang benar datang dari Allah, yang salah datang daripada kesalahan saya sendiri..
Wallahua'lam..
Ilalliqa'.. Jumpa lagi di entri akan datang!!!

Wednesday, 1 January 2014

1st Entry for 2014

Assalamualaikum semua..

This is the first entry for 2014.. *speaking tiba2*
Hehe.. Saya dah nak masuk 15 tahun rupanya.. Dah form 3.. 
Tahun ni mesti tahun yang mencabar sebab saya akan menduduki peperiksaan PBSMR.
Doakan saya berjaya ya!
Banyak kenangan indah pada tahun 2013 dan saya takkan lupakan..

Azam tahun 2014 :
  •  Berjaya dalam PBSMR
  • Jadi lebih rajin masuk dapur *haha*
  • Jadi lebih rajin nak study
  • Jadi pelajar yang cemerlang
  • Jadi lebih bertanggungjawab

Banyak lagi sebenarnya tapi malas lah nak taip..
Itu sahaja untuk hari ini..
Insyaallah saya akan update blog pada masa akan datang..
Lastly, good luck to PBSMR and SPM candidates!!

Monday, 2 December 2013

Senyum :)

Assalamualaikum semua..


Pernah dengar tak lagu 'Senyum, Tak Perlu Kata Apa-apa'? Mesti pernah kan? Lagu ni famous sangat.. Kalau tak tahu search kat Youtube je lah ya..

Senyum ni banyak kelebihannya, antaranya :
  • Memperbaiki emosi, mengurangkan tekanan perasaan dan fikiran
  • Membantu merangsang sistem imun dan merendahkan tekanan darah
  • Senyuman ni macam penyakit berjangkit. Senyumlah, mesti orang yang melihat senyuman kita tu akan tersenyum. Ia akan beri kesan positif terhadap diri kita dan orang lain :)
  • Menggalakkan badan hasilkan hormon endorfin iaitu pelega kesakitan semula jadi. Senyum dianggap ubat semula jadi :)

Kesimpulannya, senyumlah sebab banyak kelebihan senyum ni..
Tapi, biarlah di tempat yang betul ya! 

Saturday, 30 November 2013

Blogskin? Tidak...

Assalamualaikum semua..


Ramai yang asyik tanya saya, "awak pakai blogskin ke?" Ni saya nak tanya nih.. Cantik sangat ke blog saya sampai orang asyik tanya pakai blogskin?

Saya nak buat satu pengakuan sikit, saya pakai template biasa je, simple template.. Semua ni saya edit sendiri.. Saya tak suka sangat blogskin sebab tak best lah.. Nanti ada blog yang sama design macam kita.. Lepas tu, blog tu bukan di edit hasil titik peluh kita sendiri..

Saya pernah cuba sekali pakai blogskin, tapi sejujurnya saya tak berapa suka sangat.. Tup, tup, lepas tu terjumpa pulak blog yang sama design.. Ish, tak best lah, macam kita ambil design orang pula.. Memang senang pakai blogskin, sebab kita tak payah nak edit banyak sangat..tapi saya lebih suka edit sendiri..

Akhir sekali saya nak cakap, maafkan saya kalau kata-kata saya ni kasar.. Tak salah kalau nak pakai blogskin.. Maafkan saya, saya memang seorang yang sangat jujur dan berterus-terang.. Minta maaf ya.. Ini hanya pendapat saya je.. 

Friday, 29 November 2013

Blog Tukar Baju!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, yeay! Blog Balqis dah bertukar baju.. Disebabkan dah boring dengan design lama jadi saya ambil keputusan untuk edit semula blog ni..

Amacam? Suka tak? Dulunya tema warna-warni tapi sekarang dah bertukar jadi kelabu pulak, hehe.. Kenapa kamera? Hehe, ni nak cerita nih.. Saya pun tak tahu sejak bila saya berminat dengan kamera tapi jujur saya memang suka sangat!! Saya teringin sangat nak DSLR, tapi tak mampu, mahal sangat lah.. RM1000 lebih mana nak dapat?

Design dulu tinggal kenangan



















Design baru yang agak matured saya rasalah..


Monday, 25 November 2013

Daun Yang Gugur


Assalamualaikum semua..


Lama rasanya tak update blog.. Maaflah, waktu cuti sekolah saya lebih sibuk berbanding hari biasa.. Hari ni saya nak berkongsi satu kisah..

Daun yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin 

Tiupan angin petang itu terasa nyaman. Aku terliuk-liuk bersama timbunan daun yang lain. Berpaut pada dahan, aku bertahan dengan tenaga yang masih tersisa. Warna hijau yang malu-malu menunjukkan warnanya sudah mula diganti dengan warna kuning...petanda aku sedang menjejaki usia tua.

Bila-bila masa sahaja angin kuat menunjukkan 'taringnya'. Jika tidak pun, tatkala tangan-tangan manusia menjolok buah dengan galah, boleh sahaja aku gugur bersama hasil buah yang mereka harapkan..
Kehidupan Adalah Peluang

Hari ini bertambah lagi usiaku. Hari yang bertambah sehari lagi bermaksud Allah masih memberi peluang untuk menambah kenangan dan pengalaman. Aku masih ingat saat budak-budak nakal membaling batu-batu kecil untuk menggugurkan buah langsat yang sedang sarat timbunan buahnya. Sakitnya bukan kepalang apabila batu-batu kecil turut terkena aku.

Apabila difikirkan semula, itu adalah kenangan yang boleh aku simpan. Yalah, jika tidak melalui perkara itu, sampai bila-bila pun aku tidak mengerti indahnya saat kanak-kanak memberi makna pada persahabatan mereka. Riang bersama ketika mengutip buah yang menjadi rezeki mereka hari itu..

Kehidupan padaku adalah satu perjalanan yang penuh hentian. Walaupun tidak lama, aku tetap harus berhenti. Berhenti untuk mengambil hikmah dalam setiap ketetapan Allah. Cukup dengan memandang diri sendiri, pelbagai jawapan yang aku peroleh..

Aku melihat sedikit demi sedikit tunas menjadi pokok, putik buah semakin hari semakin membesar dan dahan pula memenuhi pokok yang tegak berdiri. Begitu juga dengan buah yang menjadi "manfaat" pada pokok.. Sampaikan ada pepatah Arab yang menyebut : "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah." Akhir sekali, barulah ada kehadiranku yang menjadi penyeri pokok.

Aku turut melihat dahan-dahan yang ditebang untuk merendangkan pokok. Semua ini hakikatnya, adalah peluang padaku untuk mengerti bahawa makhluk yang hidup perlu terus bergerak mendepani masa hadapan selagi diberi peluang. Tidak perlu takut akan kehidupan akan datang yang belum pasti. Ya, seperti ketakutanku yang kerap bertandang. Takut pada angin yang bertiup!
Kehidupan Menemukan Pengakhiran

Sering dikhabarkan, impian perlu besar supaya rasa takut boleh dikecilkan. Apalah sangat pada ketakutan sebenarnya dilalui oleh semua makhluk Allah. Hatta ia dihadapi oleh manusia yang bertaraf raja sekalipun. Lantaran itu, aku perlu memasang tinggi cita-cita agar nanti sekiranya angin bertiup ia hanya terlihat picisan. Apakan impian itu?

Setiap yang bergerak, suatu hari nanti akan berhenti jua (mati), maka hakikat ini perlu aku sedari sejak awal-awal lagi. Memasang harapan untuk terus bergayut pada ranting pokok tidak mungkin sama sekali. Aku perlu akur akan prinsip kehidupan ini. Apa yang boleh aku lakukan?

Jangan menbenci angin kerana hakikatnya aku membenci pada yang mencipta angin. Impianku, suatu hari nanti jika aku gugur menyembah bumi, biarlah aku mereput, lalu bersatu dengan bahan lain untuk membentuk baja. Impianku, mahu menyebarluaskan manfaatku kepada yang lain biarpun setelah aku tiada. Maha Suci Allah yang ditakdirkan sesuatu bukan dengan sia-sia.  

Thanks to : Gen-Q

Wednesday, 20 November 2013

Tukar Warna Highlight


Assalamulaikum semua..


Memandangkan hari ni terlebih rajin, jadi saya nak buat tutorial lah.. 

Nampak warna highlight tu lain, jadi warna purple kan? Biasanya warna biru.. jadi hari saya nak kongsi macam nak tukar warna dia.. :)


Caranya ialah :

1. Sign In > Template > Edit HTML

2. Cari code ni (tekan CTRL+F) :
a:link {
3. Then, copy code ni :
 ::-moz-selection {background:#000000;color:#FFFFFF;}
::selection {background:#000000;color:#FFFFFF;}
4. Paste kan code tu SEBELUM code yang anda cari.

5. Dah siap! Lihat hasilnya :)
  • Ini kegunaan Mozilla Firefox dan Google Chrome saja !
  • Yang warna merah di atas , anda boleh tukar kan dgn warna kesukaan anda.
  • Nak cari warna? Pergi ke http://www.theodora.com/html_colors.html
  • Ada masalah boleh tanya..
Credits : LyssaSecret

Tuesday, 19 November 2013

Cara Masukkan Header (New)



Assalamualaikum semua..


Hari ni saya nak buat tutorial.. Request daripada Dini Shahirah.
Berdasarkan pengalaman saya, *ceh pengalaman konon* blogger.com ni ade masalah sikit time nak masukkan header secara manual bukan coding.. Ya, saya ada pernah sekali macam tuh, jadi caranya ialah :

1. Mula-mula mestilah buat header dulu kan.. boleh tengok tuto ni --> Buat Header Transparent guna Microsoft Powerpoint

2. Lepas tu upload image header tu di imgur.com

3. Lepas tu copy URL image tersebut :


4.  Sign In > Layout > Add A Gadget > Page Header

5. Tick 'Shrink to fit' dan 'From the web. Paste an image URL below'

6. Paste kan URL image.

7. Save!
Kalau ada sebarang masalah, jangan malu nak tanya saya :)

Monday, 11 November 2013

Demi Masa


Assalamualaikum semua..


Seorang lelaki mengembara ke zaman silam. Hatinya ingin melihat kecerdasan ulama zaman dahulu. Tanpa mengendahkak orang sekeliling, lelaki itu terus berjalan menyusuri rak-rak buku di Bait al-Hikmah.

"Wow, dia menulis dengan kedua-dua belah tangannya!"
"Maaf tuan. Tuan ilmuwan sedang menyalin nota?"
"Bukan, saya sedang mengarang kitab."

Mengarang kitab dengan menggunakan kedua-dua belah tangan serentak? Ini hebat! Kemudian dia bertemu ilmuwan kedua yang sedang membelek-belek pantas helaian buku.

"Tuan cendekiawan, tuan membaca dengan pantas."
Jawab cendekiawan itu : "Saya sedang menghafal sebenarnya."
"Ini lagi hebat!"

Lelaki tersebut bertemu pula saintis Muslim yang masih muda. Disapa saintis muda itu : "Tuan, kenapa tuan saintis termenung?"
"Saya bukan termenung. Cuma sedang berfikir cara untuk mencipta mesin terbang."

Pengajaran 
Tamadun yang hebat dibentuk oleh individu-individu yang biasanya mempunyai persamaan bukan sahaja tidak membuang masa, bahkan menggunakan masa secara optimum.

Nota hati
Saya akan update blog pada masa yang akan datang. Teruskan membaca Blog Balqis! 
Selamat bercuti sekolah! Gunakan masa dengan perkara yang berfaedah ya!

Thanks to : Gen-Q

Tuesday, 5 November 2013

Walaupun Sesaat Masaku


Assalamualaikum semua..


Lama saya tak update blog kan? Hmm.. maaflah, saya busy dengan peperiksaan akhir tahun. Hari ni saya nak kongsi satu cerita je. Enjoy reading while listening to the music :)


Ramai dalam kalangan salafussoleh sangat menjaga waktu yang mereka miliki. Antaranya seorang ulama yang dikenali sebagai Ibn Aqil. Beliau sangat terkenal dengan sikap berhati-hati dalam pengurusan masanya.
Beliau sendiri pernah menyebut : "Aku tidak boleh mensia-siakan umurku walaupun sesaat. Sekiranya mulut aku tidak boleh lagi berzikir dan berdiskusi, serta mataku tidak lagi boleh membaca,maka aku akan gunakan untuk berfikir."
Selagi mana masih lagi mampu untuk memenuhi masanya, beliau pasti akan mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Fakta yang lebih menarik lagi, beliau berusaha meringkaskan waktu makannya dengan juadah yang ringkas dan mudah hadam.

Baginya, masa antara suapan pertama dengan suapan kedua itu sangat berharga. Dengan masa sesingkat itu, beliau mampu memahami sesuatu ilmu dan mengoptimumkan masa belajarnya.

Katanya lagi : "Masa umpama harta karun yang boleh digunakan untuk menggapai sesuatu. Masalah dan beban kita berat sedangkan masa itu terlalu singkat."

Beliau merasakan masa yang ada dalam hidupnya belum mampu membuatkan dirinya menyelesaikan beban amanah yang dipikul.

Ibn Aqil berprinsip bahawa cara terbaik, untuk mengisi waktu dan mendekatkan diri kepada Allah ialah menuntut ilmu. Dengan ilmu, dapat mengeluarkan seseorang daripada kejahilan menuju cahaya syariat Allah dan mampu mencapai sebahagian kejayaan para ulama sebelumnya..


Good luck SPM Candidates! 
Selamat Menyambut Maal Hijrah, jadikan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Thanks to : Gen-Q

Tuesday, 22 October 2013

Kuatkan Ingatan? Macam mana tu?


Assalamualaikum semua..


Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak update blog dan berkongsi macam mana nak kuatkan ingatan. Ini pun sebagai nota kepada saya juga, sebab kadang-kadang saya ni pelupa juga, haha.. 
Tip Kuatkan Ingatan
  • Jauhi dosa : Dosa bagi kesan kepada memori dan kemampuan akal untuk simpan maklumat. Dosa ibarat kegelapan. Dosa susah untuk wujud dengan cahaya ilmu. 
Imam al-Syafi'i berkata : "Aku telah mengadu kepada guruku mengenai ingatanku yang agak lemah." Beliau berkata : "Ilmu itu daripada Allah dan umpama cahaya. Ia tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan dosa."
  • Sentiasa menyebut nama Allah dan berzikir
Allah berfirman, maksudnya : "Ingatilah serta sebutkan akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : 'Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini." (Surah al-Kahfi 18:24)
  • Amalkan pemakanan secara sederhana :
Makan dengan banyak akan membuatkan kita mengantuk dan malas. 

Makanan yang boleh kuatkan daya ingatan
  • Imam al-Zuhry berkata : "Kalian sepatutnya selalu mengambil madu kerana ia sangat baik untuk daya ingatan." Katanya lagi : "Sesiapa yang ingin menghafaz hadis, hendaklah ia makan kismis."
  • Elakkan / Kurangkan makan makanan yang masam.
  • Elakkan makanan ringan, air birkarbonat, rokok dan makanan yang mengandungi Monosodium Glutamat (MSG)
Kesimpulan
Pepatah Arab ada mengatakan :
"Akal yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat."
Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan bersenamlah selalu! :)

 Thanks to : Gen Q

Sunday, 13 October 2013

Study, Study, Study!


Assalamualaikum semua..


Hari ni saya tak ada nak cerita apa-apa.. Cuma nak tulis yang lepas raya haji ni, saya ada peperiksaan akhir tahun.. Siapa lagi yang periksa nanti, angkat tangan sikit. *tak nampak lah* Hehe.. Saya doakan semoga pelajar-pelajar di luar sana study dan jawab periksa betul-betul. Semoga berjaya semua! Doakan saya juga ya!

Keep Calm and Love Study

Monday, 7 October 2013

1st Giveaway By Amira


Assalamualaikum semua..

KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Tarikh Mula : 23 September 2013
Tarikh Tamat : 23 Oktober 2013


Tag :  

Thursday, 3 October 2013

Cara Letak SCM Music Player dalam Blog


Assalamualaikum semua..


Hari ni saya nak share macam mana nak buat SCM Music Player. Request daripada Aisyah.


SCM Music Player macam ni : 



Cara-caranya


1. Mula-mula pergi ke SINI
2. Pilih design yang anda suka :


3. Klik 'Next'
4. Tulis tajuk lagu nak letak URL. URL lagu boleh ambil daripada Youtube, contohnya :


5. Tambah berapa banyak lagu yang anda suka. Then, klik 'Next'
6. Change settings kalau nak. 


7. Klik 'Done' dan copy code.
8. Pergi ke Dashboard > Layout > Add A Gadget > HTML/Javascript > Paste code > Save
9. Tengok lah hasilnya!
Kalau tak jadi bagitau, kalau jadi pun bagitau kat komen ya! Selamat Mencuba!

Wednesday, 2 October 2013

Pemadam : Analogi U-Turn Sebuah Kehidupan


Assalamualaikum semua...


Apa khabar pembaca setia dan followers blog saya ni? Harap-harap semua dalam keadaan sihat walafiat.. Entry hari ni adalah autobiografi tentang pemadam.. Sebelum saya teruskan, saya nak tanya sikit, bila peperiksaan akhir tahun sekolah pembaca? Saya periksa pada 16/10.. Hmm.. saya kena study selepas meng-update blog ni.. Okeylah, tanpa membuang masa, jom kita baca! 
Seorang pelajar tadika berhati-hati menulis. Jika tulisan tidak seperti yang diharapkan, dicapainya pemadam. Padam dan kemudian dia menulis lagi. Tulisan yang dipadam beberapa kali jelas meninggalkan kesan comot pada kertas. 

Sudahlah begitu, bekas contengan masih lagi kelihatan akibat pensel yang ditekan kuat. Jika tersilap, kertas juga boleh terkoyak akibat kerap dipadam. akhirnya dia serik.

Menoleh Susur Galur 
Asal usulku daripada pokok getah. Selesai ditoreh, susu getah akan mengalir perlahan ke dalam bekas yang diikat pada pokok. Lelehan susu getah yang keluar akan mengeras dan dipanggil getah sekerap.

Ketika itu, bau getah yang menusuk hidung manusia adalah suatu gangguan bagi mereka. Walaupun biasa bagi penoreh getah, tetapi tidak selesa bagi kebanyakan orang.

Dengan getah, aku membina kehidupan sesuai dengan perananku nanti. Mengenal asal usul penciptaanku mampu membuatkan aku sedarakan hakikat perhambaan. Begitu juga, walaupun hebatnya seorang manusia, ternyata asal mereka daripada air mani yang hina.

Dengan anugerah akal, barulah manusia belajar sedikit demi sedikit mengenal kehidupan. Jadi, apa sahaja yang boleh dibanggakan?

Dengan jiwa hamba, pandangan orang lain sama ada berbentuk kritikan atau pujian tidak sekali-kali membuatkan aku jatuh atau berasa terlalu selesa. Berada di atas tidak membuatkan aku lupa ketinggian cenderung menyebabkan kesakitan yang lebih sekiranya jatuh nanti.

Ya, kehidupan seperti roda. Jika sekarang berada di atas, tidak mustahil akan datang aku boleh jatuh terperosok ke bawah. Diguna apabila perlu, satu hari nanti menjadi sisa-sisa pemadam yang menunggu masa untuk dibuang.

U-Turn Mencari Destinasi
Sinonim dengan kesalahan, apabila berlaku kesilapan dalam penulisan dan lukisan, aku akan dicari. Timbul satu persoalan; antara pemadam dengan pensel, yang mana lebih penting? Jawabnya gagasan pemikiran orang yang menulis dan melukis!

Kelancaran dalam menulis bukan hanya bergantung pada pensel yang diguna, tetapi lebih utama pada mereka yang menulis. Faktor seperti latihan yang berterusan dan persediaan awal antara yang diambil kira.

Apabila kerap menulis dan melukis, kesilapan boleh diminimumkan. Tetapi hampir mustahil untuk dihapuskan. Sebab itu pensel dicipta bersamaku.

Kesalahan adalah perkara biasa bagi manusia. Jika melalui jalan yang lurus dan mudah tidak semestinya jalan tersebut betul. Ada masanya mereka perlu U-turn, mencari jalan lain untuk sampai ke destinasi yang sebenar.

Seperti fungsiku, apabila berjumpa kesalahan aku hadir untuk kembali membetulkannya. Tetapi sedikit berbeza dengan manusia. Betapa beruntungnya mereka, kesalahn yang dilakukan selalunya ditutup oleh Allah daripada pandangan manusia lain.

Selagi mereka tidak bercerita, selagi itu aib mereka dijaga. Berbanding kesan tulisan, walaupun aku sudah diguna, kesannya masih lagi kelihatan.

Memang manusia dicipta tidak sempurna; mudah berbuat salah. Tetapi sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat atas kesalahan yang dibuat. Seperti pelajar tadika yang sudah serik menulis di atas kertas yang buruk dan hampir terkoyak.

Sudah sampai masa manusia secara fitrahnya kembali kepada Allah. Sebagai insan baru yang memulakan tulisan kehidupan di atas kertas perjalanan hidup yang baru. Ketika itu, belajarlah untuk berhati-hati menulis.
Thanks to :