Saturday 8 March 2014

Elak Zina

Assalamualaikum semua..

*gambar hiasan semata-mata*

Apa khabar semua?? Dah rindu ke dengan blog saya ni? Dah sebulan saya tak update..minta maaf ya... Terima kasih kerana sudi menunggu.. Saya betul-betul busy dan selalu tak ada idea nak update blog... Blog ni berdebu betul *tiup2 habuk* *lap2 sikit* Ok dah!

Hari ni saya nak kongsi tips elak zina. Zina dah semakin berleluasa sekarang ni..Ya Allah..lindungilah kami daripada perkara-perkara yang buruk...

Tips Elak Zina

  • Elakkan bersendirian sehingga timbul keinginan untuk melakukan mukadimah zina
  • Banyakkan aktiviti bermanfaat seperti bersukan, bersenam dan sebagainya
  • Elak bergaul dalam kelompok yang boleh mendorong kita melakukan kejahatan
  • Tanam keazaman yang kuat untuk menghindari zina
  • Sentiasa sematkan di minda bahawa kehidupan masa depan penzina itu kelam
  • Bezakan cinta dan nafsu. Cinta itu suci. Nafsu itu noda. Jangan biarkan noda syaitan menjadi teraju hidup kita
  • Mahalkan harga diri. Biar hilang kawan daripada hilang maruah dan iman
  • Setiap kali terdetik hendak melakukan zina, kenangkan wajah ibu dan ayah, hadirkan rasa gerunnya jika maut datang ketika berzina

Itu sahaja untuk hari ini..
Sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang..Bye!!

No comments :