Wednesday 28 November 2012

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Assalamualaikum semua.  Hari ni saya nak cerita sikit pasal emo.  Semua orang tahu tak apa itu emo?  Emo tu maknanya cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang emo ialah perkara yang negatif.  Pembaca semua ada tak kawan yang emosional?  Kebanyakannya ada betul tak?  Saya pun ada jugak kawan yang macam tu tapi tak naklah sebut nama dia.  Takut dia marah pulak.  Okeylah, tanpa membuang masa jom kita baca macam mana nak pujuk kawan yang emo.  Insya-Allah dengan cara ni kita dapat memujuknya.

Caranya-caranya ialah :

1. MENGAMBIL WUDUK.

Ajak kawan kita ambil wuduk sama-sama. Sambil memujuk kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh   menyejukkan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2.  MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
Berikan beberapa helai kertas dan pen /pensel kepadanya. Kemudian katakan kepadanya supaya tulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran yang lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.
Kita duduk di depannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijaksanaaan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
Tanyakan kepadnya kalau-kalau dia hendakkan sesuatu macam : nak makan apa, nak minum apa, nak baca apa, nak menonton apa,...apa-apa asalkan perbuatan tu tak melanggar hukum syariat. Kalau boleh, lakukannya bersama-sama.

5.  BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPINGNYA.
Jangan biarkan kawan kita duduk berseorangan / melakukan apa-apa seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya, biarlah kita berbual-bual dengannya tentang suatu yang menggembirakan, tapi jangan layan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6.  MEMINTA MAAF.
Ringankan lidah kita untuk minta maaf andainya kita yang menyebabkan kawan kita jadi macam tu. Mengaku kesalahan / kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakan kepadanya kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
Kalau kawan kita memang degil, kita cari orang yang rapat dengannya untuk memujuknya. Tapi kena ingat, orang yang rapat tu mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling / ustaz / ustazah berjumpa dengan kawan kita tadi.

 Semoga cara tadi dapat memujuk kawan kita. Selamat beramal !


 

SUMBER : GEN-Q

Tuesday 27 November 2012

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik


Assalamualaikum semua.  Apa khabar?  Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat. Post kali ni memang ada banyak kaitan dengan rutin harian.  Nak tahu?  Hari ni saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang perkara yang mesti dihindari dan perkara yang mesti dilakukan dalam kehidupan sehari-hari.
TOLAK : Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, "Alamak...nak pergi sekolah la pulak! Hari-hari buat benda yang sama..hmph!
TAMBAH : Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ni, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan.
TOLAK : Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengejar penyu berlari!"
TAMBAH : Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa, "A'uzubillah..jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya, bisikannya dan godaannya."
TOLAK : Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk. "Buruknya perangai..ikut kelakuan atok nenek dia la tu!"
TAMBAH : Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa, "Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri."
Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

Monday 26 November 2012

Islam Adalah Cara Hidup


Assalamualaikum. Mesti pelikkan kenapa dah dua hari saya tak update blog. Sebenarnya, saya pergi bercuti bersama keluarga ke Bukit Gambang Resort City. Memang best tempat tu. Bagi yang belum pergi, dipersilakan untuk pergi ke sana. Okeylah, hari ni saya nak kongsi tentang cara hidup Islam.

Cara Hidup Islam :
  1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
  2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.
  3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak lalai.
  4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
  5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
  6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
  7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
  8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
  9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
  10. Jika kita buat maksiat - RESTORE SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.
 

SUMBER : GEN-Q
Selamat beramal !

Friday 23 November 2012

Mohon Berkat Guru


Assalamualaikum semua! Hari ni saya nak berkongsi tentang cara-cara nak peroleh berkat guru. Post ni khas untuk pelajar-pelajar terutamanya yang periksa PMR dan SPM tahun depan. Insya-Allah dengan mendapat berkat guru, pelajar dapat menerima ilmu yang diajar dengan mudah.

Peroleh berkat guru dengan :
  1. Memberi sepenuh perhatian kepada guru ketika guru sedang mengajar.
  2. Mendiamkan diri sewaktu guru menyampaikan pelajaran.
  3. Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan.
  4. Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
  5. Bertanya kepada guru pada waktu yang sesuai.
  6. Menghormati guru di depan dan belakangnya.
  7. Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
  8. Mendoakan kebaikan baginya.
Semoga berjaya. Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

 

Wednesday 21 November 2012

Membasmi Maksiat


Assalamualaikum semua! Hari ni saya nak berkongsi cara-cara menghindari maksiat. Sekarang ni maksiat semakin berleluasa. Jadi kita mestilah menghindari perkara yang maksiat.

Perlaksanaan menghindari daripada terjerumus ke arah kemaksiatan :
  1. Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkara negatif.
  2. Hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajak kepada melakukan maksiat.
  3. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat.
  4. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.
Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q


  

Tuesday 20 November 2012

Waktu Pagi Lebih Indah Disinari Nikmat Duha


Assalamualaikum. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang nikmat solat Duha. Haaa.. sebut pasal solat Duha ni mesti ada yang tak buat kan? Sebenarnya, saya pun kadang-kadang je buat. Hehehe.. Tapi mulai hari ni saya akan cuba merajinkan diri saya untuk buat solat Duha. Itu pun kalau rajinlah...
Nikmat solat Duha :
  1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai.
  2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan
  3. Diperkenankan doa selepas solat Duha.
  4. Dimurahkan rezeki.
  5. Dipelihara oleh Allah.
  6. Dihapuskan dosa.



SUMBER : GEN-Q
Selamat beramal !

Monday 19 November 2012

Alangkah Selesanya Beribadah Dalam Keadaan Bersih


Assalamualaikum. Apa khabar pembaca semua? Sihat ke? Hari ni saya nak berkongsi tentang waktu dan jenis mandi sunat. Sebelum tu saya nak tanya. Pembaca semua ni tak boring ke tengok blog saya ni? Yelah, blog saya ni kan penuh dengan ceramah je. Lepas tu design pun tak berapa nak cantik. Tinggalkan komen pasal blog saya ni tapi jangan pulak memaki-maki ye. Saya tahu pembaca semua ni baik-baik orangnya. Okeylah, kembali ke topik yang saya kongsikan pada hari ni.

Waktu dan jenis mandi sunat :
  1. Ketika hendak menunaikan solat Jumaat.
  2. Ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  3. Selepas memandikan jenazah.
  4. Selepas sembuh daripada penyakit.
  5. Selepas berbekam.
  6. Kerana hendak berihram.
  7. Kerana hendak masuk kota Mekah.
  8. Kerana hendak wukuf di Arafah.
Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

Sunday 18 November 2012

Sakit Sama Dirasa, Senang Sama Disapa


Assalamualaikum. Saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat update. Hari ni program penuh, jadi malam ni baru boleh update blog. Okeylah, hari ni saya nak berkongsi tentang hak berjiran.

Memahami hak berjiran :
  1. Memberi salam apabila bertemu.
  2. Memenuhi undangannya jika dijemput.
  3. Menziarahinya ketika sakit.
  4. Membantunya ketika kesempitan.
  5. Tidak menyakiti hatinya.
  6. Menyembahyangkannya apabila meninggal dunia dan mengiringi jenazahnya ke perkuburan.
* maksud 'nya' ialah jiran. Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

Saturday 17 November 2012

Cantik Dipandang Mata, Takwa Di Sisi Hati


Assalamualaikum. Sorry lambat sikit update. Baiklah, hari ni saya nak kongsi tentang pakaian yang menutup aurat. Pakaian yang sebenarnya dikatakan menutup aurat ialah :

Lelaki
  • Tidak terlalu nipis dan ketat hingga menampakkan bentuk aurat
  •  Menutup aurat antara pusat ke lutut
  • Pakaian tidak menyerupai perempuan




Perempuan
  • Menampakkan muka dan tangan sahaja
  • Melabuhkan tudung menutupi dada
  • Menutup hingga pergelangan tangan
  • Pakaian longgar, tebal dan tidak menyerupai lelaki
  • Memakai stokin






SUMBER : GEN-Q
Selamat beramal !