Saturday 27 July 2013

Hargai Buku


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand

Rindunya kat blog ni.. Hari ni saja je nak share tentang adab bersama buku.. Kenapa perlu beradab dengan buku? Sebab, dalam buku kan banyak ilmu. Kita kenalah hormat buku..

Milford Sound in New Zealand

Adab Bersama Buku

1. Seelok-eloknya kita berwuduk semasa memegang buku, terutamanya mashaf atau buku yang mengandungi ayat-ayat al-Quran.

2. Ambil buku dengan tangan kanan.

3. Sebaik-baiknya, gunakan meja, rehal, bantal atau sebagainya untuk alas buku.

4. Jangan duduk atas buku atau jadikan buku sebagai alas kepala ketika tidur.

5. Jangan melunjurkan kaki ke arah buku. Hukumnya makruh. 

Milford Sound in New Zealand

Setakat ini sahaja untuk hari ni.. Jumpa lagi di lain hari.. Selamat berpuasa dan bersolat terawih.. Thanks for reading this short entry. 
Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Saturday 20 July 2013

Cursor Bertukar Bila Sentuh Link


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand 

Hari ni saya nak buat tutorial lah.. Request daripada Aunisara.

  Milford Sound in New Zealand

Maksudnya macam ni :
Cuba sentuh mana-mana link dalam blog saya ni. Nampak tak, daripada cursor rainbow jadi mini hand tu? Itulah dia..

Milford Sound in New Zealand


Cara-caranya

1. Sign In > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript
2. Copy code ni dan paste kan di situ :
<style type="text/css">body, a, a:link{cursor:url(cursor url 1), default;} a:hover {cursor:url(cursor url 2),wait;}</style>
Nota :
  • Cursor boleh dapat di SINI
  • Contoh cursor url : http://cur.cursors-4u.net/others/oth-7/oth639.cur
  • Kalau nak cursor yang tak bertukar boleh pergi di SINI

Milford Sound in New Zealand



Saturday 13 July 2013

Remaja Teladan


Assalamualaikum semua.

Milford Sound in New Zealand

Lama rasanya tak meng-update blog ni.. Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke-4 kita di bulan Ramadan. Macam mana semua, puasa tak? Mestilah puasa sebab puasa kan wajib. Hari ni nak kongsi sikit tentang remaja teladan.. 

Milford Sound in New Zealand

Remaja Teladan


Rasulullah S.A.W.
  • Memulakan perjalanan berdagang ke Syam megikut ayah saudaranya buat kali pertama seawal usia 12 tahun.
  • Tidak pernah menghabiskan masa mudanya mencari hiburan yang melalaikan. Kerap menghabiskan masa bertafakkur dengan melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.

Sayidina Ali
  • Kanak-kanak paling awal peluk Islam.
  • Remaja yang berani sehingga sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w. pada malam Baginda berangkat ke Madinah.

Ashabul Kahfi

Merupakan 7 remaja yang larikan diri bersama seekor anjing menuju ke sebuah gua. Tujuannya bukan untuk menyelamatkan nyawa daripada menjadi mangsa kezaliman raja tetapi untuk menyelamatkan iman dan akidah. Allah menjadikan pemuda-pemuda tersebut tidur selama 309 tahun qamariah.


Imam al-Syafi'e
  • Umur 9 tahun : Menghafaz 30 juzuk al-Quran
  • Umur12 tahun : Mampu tafsir al-Quran dan menghafaz kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik.
  • Umur 14 tahun : Sudah mengajar para ulama.

Muhammad Al-Fatih

Disebut oleh Rasulullah s.a.w. secara umum dalam hadis bermaksud :
"Constantinople akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik." (Riwayat Ahmad)
  • Menaiki takhta semasa berumur 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun.
  • Pernah jadi pemangku khalifah semasa berumur 12 tahun dan bijak menangani tipu muslihat musuh.
  • Tidak pernah meninggalkan solat tahajjud semenjak baligh.
  • Berjaya menawan Constantinople yang sekian lama di bawah kekuasaaan Kristian. Constantinople kekal isebagai Istanbul di bawah pemerintahan Turki.

Milford Sound in New Zealand

Kesimpulannya, kita mestilah berusaha untuk menncontohi mereka. Semoga kita akan menjadi di kalangan orang yang soleh dan solehah.. Itu sahaja untuk hari ni. Jumpa lagi di lain hari. Selamat berpuasa dan selamat berterawih!

Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Sunday 7 July 2013

Jangan Tidur!


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand

Kenapa pula tiba-tiba saya suruh jangan tidur ni? Bukan maknanya tak boleh tidur tapi post ni berkenaan elakkan tidur selepas Subuh. Kenapa kena elakkan ya? Kalau nak tahu, scroll down and enjoy your reading!

Milford Sound in New Zealand

Sebab Tidur Selepas Subuh Mesti Dielakkan


1. Bukan amalan para ulama dan orang soleh
Milford Sound in New Zealand Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu begini. Ibn Qayyim menjelaskan bahawa tidur pada waktu ni boleh mematikan hati, buatkan badan malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga.

2. Terlepas menghirup udara segar
Milford Sound in New Zealand Kajian tunjukkan bahawa pada jam 3.00 - 7.30 pagi paling segar dan terbaik untuk dhirup. Ia bersih daripada pencemaran asap kenderaan dan gas beracun. Udara segar penting untuk kembalikan kesegaran otak dan tubuh.

3.  Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
Milford Sound in New Zealand Ibn Qayyim berkata " Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu ibarat hari tuanya. Jika seseorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam.

4.  Pintu rezeki menjadi sempit
Milford Sound in New Zealand Rasulullah s.a.w. melihat Fatimah r.ha sedang berbaring setelah solat Subuh, lalu baginda bersabda, maksudnya,
 "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari." (Riwayat al-Baihaqi)  
Milford Sound in New Zealand
Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Monday 1 July 2013

Saya Sembuh!


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand
Eat healthy, be healthy..

Hai! Lama kita tidak berjumpa. Berjumpa? Memang kita tak pernah berjumpa pun sebab semua ni hanya di alam maya, betul tak? Dah baca tajuk di atas? Sebenarnya, tajuk ni berkaitan dengan kisah yang saya nak kongsi dengan semua pembaca. Nak tahu tak ceritanya? Scroll down and enjoy reading!


Milford Sound in New Zealand


Seorang pesakit yang mengalami demam panas berjumpa dengan seorang doktor untuk mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa, doktor membekalkan ubat kepada pesakit tersebut. Pesan doktor tersebut : "Setelah tiga hari, awak datang semula berjumpa saya."

Oleh sebab ingin segera sembuh, pesakit itu memakan ubat tersebut mengikut masa makan yang ditetapkan dan dia yakin demamnya akan sembuh. Pada hari yang ditetapkan, pesakit itu datang semula untuk bertemu doktor tersebut.

Pesakit : Saya sembuh dalam masa sehari sahaja. Apa ramuan ubat doktor? Mujarab betul.

Doktor : Sejujurnya saya hanya berikan gula-gula biasa. Yang memberikan kesembuhan ialah Allah dengan keyakinan yang ada pada diri awak sendiri. Awak bukan hanya sembuh, malah sembuh dalam masa yang singkat.


Milford Sound in New Zealand


Apa pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah di atas? Pandai! Pengajarannya ialah :
Ketika sedang diuji dengan apa-apa jua kesusahan dalam kehidupan, banyakkan menyebut, berharap dan melakukan perkara yang baik-baik.
Ini sebenarnya dah diajar dalam Islam apabila kita dituntut berbaik sangka dengan Allah dan banyak berdoa kepada-Nya. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Thanks to : Milford Sound in New Zealand