Saturday 30 November 2013

Blogskin? Tidak...

Assalamualaikum semua..


Ramai yang asyik tanya saya, "awak pakai blogskin ke?" Ni saya nak tanya nih.. Cantik sangat ke blog saya sampai orang asyik tanya pakai blogskin?

Saya nak buat satu pengakuan sikit, saya pakai template biasa je, simple template.. Semua ni saya edit sendiri.. Saya tak suka sangat blogskin sebab tak best lah.. Nanti ada blog yang sama design macam kita.. Lepas tu, blog tu bukan di edit hasil titik peluh kita sendiri..

Saya pernah cuba sekali pakai blogskin, tapi sejujurnya saya tak berapa suka sangat.. Tup, tup, lepas tu terjumpa pulak blog yang sama design.. Ish, tak best lah, macam kita ambil design orang pula.. Memang senang pakai blogskin, sebab kita tak payah nak edit banyak sangat..tapi saya lebih suka edit sendiri..

Akhir sekali saya nak cakap, maafkan saya kalau kata-kata saya ni kasar.. Tak salah kalau nak pakai blogskin.. Maafkan saya, saya memang seorang yang sangat jujur dan berterus-terang.. Minta maaf ya.. Ini hanya pendapat saya je.. 

Friday 29 November 2013

Blog Tukar Baju!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, yeay! Blog Balqis dah bertukar baju.. Disebabkan dah boring dengan design lama jadi saya ambil keputusan untuk edit semula blog ni..

Amacam? Suka tak? Dulunya tema warna-warni tapi sekarang dah bertukar jadi kelabu pulak, hehe.. Kenapa kamera? Hehe, ni nak cerita nih.. Saya pun tak tahu sejak bila saya berminat dengan kamera tapi jujur saya memang suka sangat!! Saya teringin sangat nak DSLR, tapi tak mampu, mahal sangat lah.. RM1000 lebih mana nak dapat?

Design dulu tinggal kenangan



















Design baru yang agak matured saya rasalah..


Monday 25 November 2013

Daun Yang Gugur


Assalamualaikum semua..


Lama rasanya tak update blog.. Maaflah, waktu cuti sekolah saya lebih sibuk berbanding hari biasa.. Hari ni saya nak berkongsi satu kisah..

Daun yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin 

Tiupan angin petang itu terasa nyaman. Aku terliuk-liuk bersama timbunan daun yang lain. Berpaut pada dahan, aku bertahan dengan tenaga yang masih tersisa. Warna hijau yang malu-malu menunjukkan warnanya sudah mula diganti dengan warna kuning...petanda aku sedang menjejaki usia tua.

Bila-bila masa sahaja angin kuat menunjukkan 'taringnya'. Jika tidak pun, tatkala tangan-tangan manusia menjolok buah dengan galah, boleh sahaja aku gugur bersama hasil buah yang mereka harapkan..
Kehidupan Adalah Peluang

Hari ini bertambah lagi usiaku. Hari yang bertambah sehari lagi bermaksud Allah masih memberi peluang untuk menambah kenangan dan pengalaman. Aku masih ingat saat budak-budak nakal membaling batu-batu kecil untuk menggugurkan buah langsat yang sedang sarat timbunan buahnya. Sakitnya bukan kepalang apabila batu-batu kecil turut terkena aku.

Apabila difikirkan semula, itu adalah kenangan yang boleh aku simpan. Yalah, jika tidak melalui perkara itu, sampai bila-bila pun aku tidak mengerti indahnya saat kanak-kanak memberi makna pada persahabatan mereka. Riang bersama ketika mengutip buah yang menjadi rezeki mereka hari itu..

Kehidupan padaku adalah satu perjalanan yang penuh hentian. Walaupun tidak lama, aku tetap harus berhenti. Berhenti untuk mengambil hikmah dalam setiap ketetapan Allah. Cukup dengan memandang diri sendiri, pelbagai jawapan yang aku peroleh..

Aku melihat sedikit demi sedikit tunas menjadi pokok, putik buah semakin hari semakin membesar dan dahan pula memenuhi pokok yang tegak berdiri. Begitu juga dengan buah yang menjadi "manfaat" pada pokok.. Sampaikan ada pepatah Arab yang menyebut : "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah." Akhir sekali, barulah ada kehadiranku yang menjadi penyeri pokok.

Aku turut melihat dahan-dahan yang ditebang untuk merendangkan pokok. Semua ini hakikatnya, adalah peluang padaku untuk mengerti bahawa makhluk yang hidup perlu terus bergerak mendepani masa hadapan selagi diberi peluang. Tidak perlu takut akan kehidupan akan datang yang belum pasti. Ya, seperti ketakutanku yang kerap bertandang. Takut pada angin yang bertiup!
Kehidupan Menemukan Pengakhiran

Sering dikhabarkan, impian perlu besar supaya rasa takut boleh dikecilkan. Apalah sangat pada ketakutan sebenarnya dilalui oleh semua makhluk Allah. Hatta ia dihadapi oleh manusia yang bertaraf raja sekalipun. Lantaran itu, aku perlu memasang tinggi cita-cita agar nanti sekiranya angin bertiup ia hanya terlihat picisan. Apakan impian itu?

Setiap yang bergerak, suatu hari nanti akan berhenti jua (mati), maka hakikat ini perlu aku sedari sejak awal-awal lagi. Memasang harapan untuk terus bergayut pada ranting pokok tidak mungkin sama sekali. Aku perlu akur akan prinsip kehidupan ini. Apa yang boleh aku lakukan?

Jangan menbenci angin kerana hakikatnya aku membenci pada yang mencipta angin. Impianku, suatu hari nanti jika aku gugur menyembah bumi, biarlah aku mereput, lalu bersatu dengan bahan lain untuk membentuk baja. Impianku, mahu menyebarluaskan manfaatku kepada yang lain biarpun setelah aku tiada. Maha Suci Allah yang ditakdirkan sesuatu bukan dengan sia-sia.  

Thanks to : Gen-Q

Wednesday 20 November 2013

Tukar Warna Highlight


Assalamulaikum semua..


Memandangkan hari ni terlebih rajin, jadi saya nak buat tutorial lah.. 

Nampak warna highlight tu lain, jadi warna purple kan? Biasanya warna biru.. jadi hari saya nak kongsi macam nak tukar warna dia.. :)


Caranya ialah :

1. Sign In > Template > Edit HTML

2. Cari code ni (tekan CTRL+F) :
a:link {
3. Then, copy code ni :
 ::-moz-selection {background:#000000;color:#FFFFFF;}
::selection {background:#000000;color:#FFFFFF;}
4. Paste kan code tu SEBELUM code yang anda cari.

5. Dah siap! Lihat hasilnya :)
  • Ini kegunaan Mozilla Firefox dan Google Chrome saja !
  • Yang warna merah di atas , anda boleh tukar kan dgn warna kesukaan anda.
  • Nak cari warna? Pergi ke http://www.theodora.com/html_colors.html
  • Ada masalah boleh tanya..
Credits : LyssaSecret

Tuesday 19 November 2013

Cara Masukkan Header (New)



Assalamualaikum semua..


Hari ni saya nak buat tutorial.. Request daripada Dini Shahirah.
Berdasarkan pengalaman saya, *ceh pengalaman konon* blogger.com ni ade masalah sikit time nak masukkan header secara manual bukan coding.. Ya, saya ada pernah sekali macam tuh, jadi caranya ialah :

1. Mula-mula mestilah buat header dulu kan.. boleh tengok tuto ni --> Buat Header Transparent guna Microsoft Powerpoint

2. Lepas tu upload image header tu di imgur.com

3. Lepas tu copy URL image tersebut :


4.  Sign In > Layout > Add A Gadget > Page Header

5. Tick 'Shrink to fit' dan 'From the web. Paste an image URL below'

6. Paste kan URL image.

7. Save!
Kalau ada sebarang masalah, jangan malu nak tanya saya :)

Monday 11 November 2013

Demi Masa


Assalamualaikum semua..


Seorang lelaki mengembara ke zaman silam. Hatinya ingin melihat kecerdasan ulama zaman dahulu. Tanpa mengendahkak orang sekeliling, lelaki itu terus berjalan menyusuri rak-rak buku di Bait al-Hikmah.

"Wow, dia menulis dengan kedua-dua belah tangannya!"
"Maaf tuan. Tuan ilmuwan sedang menyalin nota?"
"Bukan, saya sedang mengarang kitab."

Mengarang kitab dengan menggunakan kedua-dua belah tangan serentak? Ini hebat! Kemudian dia bertemu ilmuwan kedua yang sedang membelek-belek pantas helaian buku.

"Tuan cendekiawan, tuan membaca dengan pantas."
Jawab cendekiawan itu : "Saya sedang menghafal sebenarnya."
"Ini lagi hebat!"

Lelaki tersebut bertemu pula saintis Muslim yang masih muda. Disapa saintis muda itu : "Tuan, kenapa tuan saintis termenung?"
"Saya bukan termenung. Cuma sedang berfikir cara untuk mencipta mesin terbang."

Pengajaran 
Tamadun yang hebat dibentuk oleh individu-individu yang biasanya mempunyai persamaan bukan sahaja tidak membuang masa, bahkan menggunakan masa secara optimum.

Nota hati
Saya akan update blog pada masa yang akan datang. Teruskan membaca Blog Balqis! 
Selamat bercuti sekolah! Gunakan masa dengan perkara yang berfaedah ya!

Thanks to : Gen-Q

Tuesday 5 November 2013

Walaupun Sesaat Masaku


Assalamualaikum semua..


Lama saya tak update blog kan? Hmm.. maaflah, saya busy dengan peperiksaan akhir tahun. Hari ni saya nak kongsi satu cerita je. Enjoy reading while listening to the music :)


Ramai dalam kalangan salafussoleh sangat menjaga waktu yang mereka miliki. Antaranya seorang ulama yang dikenali sebagai Ibn Aqil. Beliau sangat terkenal dengan sikap berhati-hati dalam pengurusan masanya.
Beliau sendiri pernah menyebut : "Aku tidak boleh mensia-siakan umurku walaupun sesaat. Sekiranya mulut aku tidak boleh lagi berzikir dan berdiskusi, serta mataku tidak lagi boleh membaca,maka aku akan gunakan untuk berfikir."
Selagi mana masih lagi mampu untuk memenuhi masanya, beliau pasti akan mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Fakta yang lebih menarik lagi, beliau berusaha meringkaskan waktu makannya dengan juadah yang ringkas dan mudah hadam.

Baginya, masa antara suapan pertama dengan suapan kedua itu sangat berharga. Dengan masa sesingkat itu, beliau mampu memahami sesuatu ilmu dan mengoptimumkan masa belajarnya.

Katanya lagi : "Masa umpama harta karun yang boleh digunakan untuk menggapai sesuatu. Masalah dan beban kita berat sedangkan masa itu terlalu singkat."

Beliau merasakan masa yang ada dalam hidupnya belum mampu membuatkan dirinya menyelesaikan beban amanah yang dipikul.

Ibn Aqil berprinsip bahawa cara terbaik, untuk mengisi waktu dan mendekatkan diri kepada Allah ialah menuntut ilmu. Dengan ilmu, dapat mengeluarkan seseorang daripada kejahilan menuju cahaya syariat Allah dan mampu mencapai sebahagian kejayaan para ulama sebelumnya..


Good luck SPM Candidates! 
Selamat Menyambut Maal Hijrah, jadikan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Thanks to : Gen-Q