Sunday 30 December 2012

Tahun 2013


Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak update blog. Tak payah nak rasa-rasa memang dah lama pun tak update. Saya tak tahu nak tulis apa sebenarnya tu pasal kerja saya asyik mengedit blog tak habis-habis. Hehehe. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2013. Cepat betul masa berlalu. Cuti sekolah pun tinggal 2-3 hari je. Jadi, bila dah start sekolah kemungkinan seminggu sekali ataupun sebulan sekali je update blog. Pembaca semua jangan lari tau. Teruskan membaca blog saya ye. Itu jelah ucapan saya pada hari ni. Akhir kata, saya ucapkan semoga berjaya kepada semua pembaca. Bye, Assalamualaikum..
Semoga berjaya calon UPSR, PMR dan SPM.

Monday 17 December 2012

Sambungan 35 Petua Pelajar Cemerlang (3)


Assalamualaikum semua. Hari ni nak sambung post yang tak habis-habis disambung. Hehehe.. Hari ni last pasal tajuk ni, jangan risau. Jom sambung!

26.  Cekap mengatur jadual belajar :

  • mempunyai jadual belajar
  • patuh kepada jadual
  • buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai 
      dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak
      diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan 
       cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan 
      sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

  • taat kepada Allah
  • mendirikan solat
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran


Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. Selamat beramal.  :)

Sumber : www.macam-2.com

Saturday 15 December 2012

Sambungan 35 Petua Pelajar Cemerlang (2)


Assalamualaikum semua. Mintak maaf sebab semalam tak update blog disebabkan masalah internet. Hari ni saya nak sambung tajuk yang telah 3 kali saya ulang. Hari ni saya nak sambung lagi lima. Biasanya saya sambung 10 demi 10 tapi hari 5 je sebab teks terlalu panjang. Tanpa membuang masa, jom kita baca!

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji:

  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
  • duduk tegak di kerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar
  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain2.
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
  • tampal nota-nota penting di dinding
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • gunakan kaedah akronim
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil



Sumber : www.macam-2.com

Thursday 13 December 2012

Sambungan 35 Petua Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum semua.. Semalam saya dah kongsi 10 daripada 35 petua ni. Jadi hari ni jom kita sambung lagi 10 !

11.   Mempunyai teknik membaca yang betul:

  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepanuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12.  Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh 
       & malas.

13.  Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji
       dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14.  Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.


15.  Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.


16.  Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).

       Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,
       selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas 
       riadah dan selepas berdoa.

17.  Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
       selepas belajar).

18.  Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.


19.  Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.


20.  Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.


Sumber : www.macam-2.com

Wednesday 12 December 2012

35 Petua Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum semua, lamanya saya tak update blog. Mesti ada yang tertunggu-tunggu apakah yang akan saya tulis hari ni. Hari ni saya nak kongsi petua dengan pembaca yang bergelar pelajar. Petua ni saya ambil dari www.macam-2.com. Petua ni daripada Dr. Fadzilah Kamsah. Petua ni ada 35 tapi saya kongsi 10 jelah hari ni sebab kalau panjang sangat, pembaca pun malas nak baca rugi je saya tulis. Baiklah, tanpa membuang masa, jom baca!

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.

Sumber : www.macam-2.com. Selamat beramal.

Wednesday 28 November 2012

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Assalamualaikum semua.  Hari ni saya nak cerita sikit pasal emo.  Semua orang tahu tak apa itu emo?  Emo tu maknanya cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang emo ialah perkara yang negatif.  Pembaca semua ada tak kawan yang emosional?  Kebanyakannya ada betul tak?  Saya pun ada jugak kawan yang macam tu tapi tak naklah sebut nama dia.  Takut dia marah pulak.  Okeylah, tanpa membuang masa jom kita baca macam mana nak pujuk kawan yang emo.  Insya-Allah dengan cara ni kita dapat memujuknya.

Caranya-caranya ialah :

1. MENGAMBIL WUDUK.

Ajak kawan kita ambil wuduk sama-sama. Sambil memujuk kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh   menyejukkan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2.  MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
Berikan beberapa helai kertas dan pen /pensel kepadanya. Kemudian katakan kepadanya supaya tulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran yang lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.
Kita duduk di depannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijaksanaaan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
Tanyakan kepadnya kalau-kalau dia hendakkan sesuatu macam : nak makan apa, nak minum apa, nak baca apa, nak menonton apa,...apa-apa asalkan perbuatan tu tak melanggar hukum syariat. Kalau boleh, lakukannya bersama-sama.

5.  BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPINGNYA.
Jangan biarkan kawan kita duduk berseorangan / melakukan apa-apa seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya, biarlah kita berbual-bual dengannya tentang suatu yang menggembirakan, tapi jangan layan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6.  MEMINTA MAAF.
Ringankan lidah kita untuk minta maaf andainya kita yang menyebabkan kawan kita jadi macam tu. Mengaku kesalahan / kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakan kepadanya kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
Kalau kawan kita memang degil, kita cari orang yang rapat dengannya untuk memujuknya. Tapi kena ingat, orang yang rapat tu mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling / ustaz / ustazah berjumpa dengan kawan kita tadi.

 Semoga cara tadi dapat memujuk kawan kita. Selamat beramal !


 

SUMBER : GEN-Q

Tuesday 27 November 2012

Tolak Yang Biasa, Tambah Yang Baik


Assalamualaikum semua.  Apa khabar?  Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat. Post kali ni memang ada banyak kaitan dengan rutin harian.  Nak tahu?  Hari ni saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang perkara yang mesti dihindari dan perkara yang mesti dilakukan dalam kehidupan sehari-hari.
TOLAK : Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, "Alamak...nak pergi sekolah la pulak! Hari-hari buat benda yang sama..hmph!
TAMBAH : Celik mata terus berdoa, "Ya Allah, hari ni, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang Engkau perintahkan.
TOLAK : Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, "Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengejar penyu berlari!"
TAMBAH : Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa, "A'uzubillah..jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya, bisikannya dan godaannya."
TOLAK : Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk. "Buruknya perangai..ikut kelakuan atok nenek dia la tu!"
TAMBAH : Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa, "Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri."
Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

Monday 26 November 2012

Islam Adalah Cara Hidup


Assalamualaikum. Mesti pelikkan kenapa dah dua hari saya tak update blog. Sebenarnya, saya pergi bercuti bersama keluarga ke Bukit Gambang Resort City. Memang best tempat tu. Bagi yang belum pergi, dipersilakan untuk pergi ke sana. Okeylah, hari ni saya nak kongsi tentang cara hidup Islam.

Cara Hidup Islam :
  1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
  2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.
  3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak lalai.
  4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
  5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
  6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
  7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
  8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
  9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
  10. Jika kita buat maksiat - RESTORE SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.
 

SUMBER : GEN-Q
Selamat beramal !

Friday 23 November 2012

Mohon Berkat Guru


Assalamualaikum semua! Hari ni saya nak berkongsi tentang cara-cara nak peroleh berkat guru. Post ni khas untuk pelajar-pelajar terutamanya yang periksa PMR dan SPM tahun depan. Insya-Allah dengan mendapat berkat guru, pelajar dapat menerima ilmu yang diajar dengan mudah.

Peroleh berkat guru dengan :
  1. Memberi sepenuh perhatian kepada guru ketika guru sedang mengajar.
  2. Mendiamkan diri sewaktu guru menyampaikan pelajaran.
  3. Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan.
  4. Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
  5. Bertanya kepada guru pada waktu yang sesuai.
  6. Menghormati guru di depan dan belakangnya.
  7. Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
  8. Mendoakan kebaikan baginya.
Semoga berjaya. Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

 

Wednesday 21 November 2012

Membasmi Maksiat


Assalamualaikum semua! Hari ni saya nak berkongsi cara-cara menghindari maksiat. Sekarang ni maksiat semakin berleluasa. Jadi kita mestilah menghindari perkara yang maksiat.

Perlaksanaan menghindari daripada terjerumus ke arah kemaksiatan :
  1. Aktif melakukan perkara yang berfaedah supaya dapat menghilangkan fikiran pada perkara negatif.
  2. Hendaklah menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mengajak kepada melakukan maksiat.
  3. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan bagi mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat.
  4. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu semasa hidup di dunia lagi.
Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q


  

Tuesday 20 November 2012

Waktu Pagi Lebih Indah Disinari Nikmat Duha


Assalamualaikum. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang nikmat solat Duha. Haaa.. sebut pasal solat Duha ni mesti ada yang tak buat kan? Sebenarnya, saya pun kadang-kadang je buat. Hehehe.. Tapi mulai hari ni saya akan cuba merajinkan diri saya untuk buat solat Duha. Itu pun kalau rajinlah...
Nikmat solat Duha :
  1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai.
  2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan
  3. Diperkenankan doa selepas solat Duha.
  4. Dimurahkan rezeki.
  5. Dipelihara oleh Allah.
  6. Dihapuskan dosa.



SUMBER : GEN-Q
Selamat beramal !

Monday 19 November 2012

Alangkah Selesanya Beribadah Dalam Keadaan Bersih


Assalamualaikum. Apa khabar pembaca semua? Sihat ke? Hari ni saya nak berkongsi tentang waktu dan jenis mandi sunat. Sebelum tu saya nak tanya. Pembaca semua ni tak boring ke tengok blog saya ni? Yelah, blog saya ni kan penuh dengan ceramah je. Lepas tu design pun tak berapa nak cantik. Tinggalkan komen pasal blog saya ni tapi jangan pulak memaki-maki ye. Saya tahu pembaca semua ni baik-baik orangnya. Okeylah, kembali ke topik yang saya kongsikan pada hari ni.

Waktu dan jenis mandi sunat :
  1. Ketika hendak menunaikan solat Jumaat.
  2. Ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  3. Selepas memandikan jenazah.
  4. Selepas sembuh daripada penyakit.
  5. Selepas berbekam.
  6. Kerana hendak berihram.
  7. Kerana hendak masuk kota Mekah.
  8. Kerana hendak wukuf di Arafah.
Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q

Sunday 18 November 2012

Sakit Sama Dirasa, Senang Sama Disapa


Assalamualaikum. Saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat update. Hari ni program penuh, jadi malam ni baru boleh update blog. Okeylah, hari ni saya nak berkongsi tentang hak berjiran.

Memahami hak berjiran :
  1. Memberi salam apabila bertemu.
  2. Memenuhi undangannya jika dijemput.
  3. Menziarahinya ketika sakit.
  4. Membantunya ketika kesempitan.
  5. Tidak menyakiti hatinya.
  6. Menyembahyangkannya apabila meninggal dunia dan mengiringi jenazahnya ke perkuburan.
* maksud 'nya' ialah jiran. Selamat beramal !
SUMBER : GEN-Q