Saturday 27 April 2013

Menuntut Ilmu?


Assalamualaikum semua. Lama juga saya tak update blog ni. Maklumlah, saya kan orang yang busy.*busy lah sangat* Baca tajuk di atas tu, agak-agak tahu tak apa yang saya nak sentuh pada hari ni? Tahu ke tak? Tak?

Jawapannya ialah adab menuntut ilmu. Tuntut ilmu pun kena ada adab? Mestilah..supaya ilmu yang kita belajar berkat. Bila berkat, baru boleh jadi pandai, betul tak? Tanpa membuang masa, jom kita baca!

  • Niat belajar kerana Allah, bukan kerana lulus periksa sahaja tau!
  • Elakkan sikap yang tak baik macam dengki, cemburu, bangga diri dan pandang rendah pada orang lain. 
  • Rendah diri, hormat dan ikut nasihat cikgu.
  • Tak kedekut kongsi ilmu. Kalau kawan atau adik-beradik ada masalah dengan mana-mana pelajaran, tolonglah dia..jangan kita pandai seorang je.
  • Bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan.
  • Sopan santun dengan cikgu.
  • Mematuhi peraturan di tempat belajar..jangan langgar peraturan tau!


Milford Sound in New Zealand Nota hati
Catatan ini ringkas tetapi berguna. Insya-Allah ^_^

Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Nabi Muhammad berkata, bukan kemuliaan itu dengan pakaian yang cantik, tetapi ia adalah dengan ketenangan iaitu sopan santun dan merendah diri.  (Direkodkan oleh Ad-Dalaimi)

Sumber : Novel "Catatan Aktiviti Aisyah"


Friday 26 April 2013

Header Request #2


Kita dah siapkan header untuk awak. Harap awak suka. Kalau tak suka, boleh komen kat kotak komen supaya kita dapat membaiki kecatatan tu. Terima kasih. ^_^














*Saya menerima tempahan untuk membuat header. Syarat-syaratnya ada DI SINI



Sunday 21 April 2013

Buat Cbox Berbackground


Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak buat tutorial tentang macam mana nak buat Cbox berbackground macam saya.

Macam ni :
Dah nampak kan request dari siapa? Dari Fatin.


1. Pergi ke cbox.ws
2. Klik 'Look and Feel' dan klik 'Style Presets'
3. Klik pada Transparent. 


Cara nak guna background Cbox

1. Copy code di bawah :
<center><div id="edited" style="width:250px; height:250px; background: url(URL BACKGROUND) no-repeat left top; padding-top:65px; padding-left:0px; position:relative" align="center">YOUR CBOX CODE </center> </div>

 2. Log In > Layout > Add Gadget > HTML/Javascript
 3. Paste code tadi
 4. Pastikan  Cbox itu width=200 and  height=90


Freebies Background Cbox


Milford Sound in New Zealand
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Freebies/cbox.png

Milford Sound in New Zealand
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Freebies/CboxBG2.png

Milford Sound in New Zealand
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Freebies/CboxBG3.png
Milford Sound in New Zealand
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Freebies/CboxBG4.png
Milford Sound in New Zealand
http://i908.photobucket.com/albums/ac289/TintaAini/Freebies/CboxBG7.png


 Kredit to : Aini Zakaria


Friday 19 April 2013

Makan oh Makan


Assalamualaikum semua. Lama kan saya tak update blog. Terasa rindu dalam kalbu kepada blog ni. *ceewah, ayat sastera.* Bila tengok tajuk di atas tu, agak-agaknya apa yang nak saya cerita hari ni ek? Rasa nak tahu tak? Nak tak? Nak tak nak pun kena tahu. Benda ni sangat penting ketika kita makan. Cuba teka apa dia?

Dah tahu jawapannya? Jawapannya ialah adab. Mesti ada di kalangan pembaca yang kata macam ni  "apelah dia nih, ayat punya suspen tengok-tengok jawapannya adab jek!" Ada tak yang cakap ayat tu ataupun yang sama waktu dengannya, ada tak? Mesti ada ni. Cepat mengaku! Bergurau je.

Okeylah tanpa membuang masa, jom kita belajar adab makan, ataupun dikenali sebagai 'table manners'.

Milford Sound in New Zealand Mencuci tangan.
Milford Sound in New Zealand Membaca bismillah dan doa makan.
Milford Sound in New ZealandDigalakkan makan buah-buahan terlebih dahulu.

 Milford Sound in New Zealand   Mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu

 Milford Sound in New Zealand   Minum air sebelum atau selepas makan
Milford Sound in New ZealandBerhenti makan apabila terasa kenyang.

   Milford Sound in New Zealand  Makan secara berjemaaah
 Milford Sound in New Zealand Membaca doa selepas makan


Milford Sound in New Zealand Nota hati
Catatan ini ringkas tetapi berguna. Insya-Allah ^_^

Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Nabi Muhammad berkata, Saling memberi hadiah di antara kamu, pasti kamu saling mencintai. -Direkod oleh Bukhari.

Sumber : Novel "Catatan Aktiviti Aisyah"


Friday 12 April 2013

Ibadah Corner


Assalamualaikum semua. Lama betul saya tak update blog. Baca tajuk di atas tu ada yang rasa pelik tak? Tak de? Okeylah, hari ni saya nak cerita pasal sudut ibadah.

Kalau di kelas, ada sudut bacaan, apa kata kita buat satu sudut dalam bilik kita. Bukan sudut bacaan, tapi sudut ibadah. Agak-agaknya apa yang ada di sudut ibadah tu?

Milford Sound in New Zealand  Sediakan satu tempat khas yang tinggi untuk letak Al-Quran.
Milford Sound in New Zealand Sediakan sebuah kotak khas yang menempatkan buku kecil macam al-Mathurat atau al-Manzil, tasbih, kopiah dan sebagainya. Ini untuk memudahkan mencari dan mencapai kesemua item tersebut  pada bila-bila masa sahaja.
Milford Sound in New Zealand Untuk remaja perempuan, gantung telekung dengan kemas.
Milford Sound in New Zealand  Sediakan satu senarai semak harian, mingguan, dan bulanan berkenaan aktiviti ibadah yang nak dilakukan. Tandakan Milford Sound in New Zealand bagi aktiviti yang berjaya dilakukan.
Milford Sound in New Zealand Di sudut ibadah juga, tampalkan kata-kata hukama yang boleh memotivasikan diri ke arah keseronokan beribadah.


Milford Sound in New Zealand Nota hati
Catatan ni ringkas tapi berguna. ^_^ Insya-Allah..

Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Daripada Abu Musa Al-Asyari r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain." -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Milford Sound in New Zealand












Saturday 6 April 2013

Masukkan Icon Comel dalam Post (Updated)


Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak buat tutorial. Tutorial ni request daripada misz coklat, iaitu kawan saya sendiri.


Maksud dia, masukkan icon macam ni,Milford Sound in New Zealand  Okey, tanpa buang masa, jom belajar!


1.  Sign In > New Post
2. Nampak tak dekat sebelah kiri ada kotak tulis "Compose" dan "HTML". Klik pada "HTML" tu.


3. Copy dan masukkan kod ni kat tempat HTML tu :
<img src="URL IMAGE" style="max-width:100%" alt="lalala" />

Cara masukkan :
 


Icon di tengah-tengah ayat
Cth : Hai, nama saya lalalaBalqis.

Code :
AYAT<img src="URL IMAGE" style="max-width:100%" alt="lalala" />SAMBUNGAN AYAT

Icon di permulaan ayat
Cth :lalalaHai, nama saya Balqis.

Code :
<img src="URL IMAGE" style="max-width:100%" alt="lalala" />AYAT

Icon di akhir ayat
Cth : Hai, nama saya Balqis.lalala

Code :
AYAT<img src="URL IMAGE" style="max-width:100%" alt="lalala" />


4. Dah siap! Senangkan? Kalau tak faham bagitau. Icon comel-comel boleh dapat di SINI.


Milford Sound in New Zealand

Zikir yang Lebih Dicintai Nabi daripada Dunia


Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Aku disuruh untuk mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah serta Allahuakbar, lebih baik bagiku daripada segala apa yang disinari matahari. " (Riwayat Muslim)
Dah renung-renungkan hadis di atas? Haa..itulah tajuk kita pada hari ini, iaitu zikir yang lebih dicintai Nabi daripada dunia. Mesti pembaca tak sabar nak tahu apa yang hebat tentang zikir yang disebutkan dalam hadis di atas, betul tak? Nak tahu lebih lanjut, jom baca!

Milford Sound in New Zealand SUBHANALLAH : Penyucian kepada Allah daripada segala sesuatu yang mustahil bagi-Nya. Juga pembebasan daripada segala kekurangan yang hanya ada pada makhluk.

Milford Sound in New Zealand ALHAMDULILLAH : Pujian secara sempurna dan Allah memiliki hak pujian daripada pelbagai bentuk, bersesuaian dengan sifat Asmaul Husna yang dimiliki-Nya.

Milford Sound in New Zealand LAILAHAILLALLAH : Tiada yang layak disembah selain Allah. Manusia merealisasikan penghambaan hanya kepada Allah.

Milford Sound in New Zealand ALLAHUAKBAR : Allah memiliki sifat Yang Maha Besar daripada segala sesuatu.


Sumber : Majalah Gen-Q

Milford Sound in New Zealand

Monday 1 April 2013

Mencatat Ilmu dan Hikmah


Assalamualaikum semua. Lama tak update blog. Ayat yang sama untuk muqaddimah, tak tahu nak buat ayat lainlah. Okeylah, hari ni saya nak berkongsi tentang tip mencatat ilmu. Tak sabar nak tahu, jom baca!

Kerana ilmu selalu datang tanpa mengenal masa dan tempat, seorang pelajar mesti selalu bersiap sedia mencatat ilmu-ilmu tersebut.

Milford Sound in New Zealand Biasakan diri bawa pen dan buku nota kecil kemana-mana. Ini kebiasaan ulama dan cendekiawan sejak dahulu lagi. Tujuannya agar ilmu/idea yang datang dapat ditulis dengan cepat dan mudah.
Milford Sound in New Zealand Tulis setiap idea yang terlintas di minda tanpa menunda. Idea yang baik kadangkala hanya datang sekali. kalau tak segera tulis, ia akan pergi dan tak akan datang kembali.
Milford Sound in New Zealand Usahakan agar tulisan dalam buku jelas dan mudah dibaca. Jangan kecil sangat atau rapat sangat sebab kita akan susah nak baca nanti.
Milford Sound in New Zealand Biasakan menulis diari kegiatan sehari-hari. Tulis cita-cita kita dan target yang nak diraih sepanjang hidup sekali gus rancang cara untuk raih cita-cita tersebut. Kebiasaan ini akan mengasah kemampuan untuk menuangkan idea menerusi tulisan yang sangat berguna dalam akademik kita nanti.


Milford Sound in New Zealand Nota Hati
Ilmu yang bermanfaat akan kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan tidak kira oleh diri sendiri atau orang lain dan selagi mana ia disebarkan.

Sempena post yang ke-70 ni, setiap minggu saya akan kongsi satu hadis untuk semua. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk kita semua.

Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah yang pahalanya selalu mengalir (sedekah jariah), ilmu yang bermanfaat serta anak yang soleh yang selalu mendoakan. " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sumber : Majalah Gen-Q