Thursday 27 June 2013

Jom Bersugi!


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand
Haha.. Nampak tak gambar di atas? Haa.. dah gosok gigi ke belum hari ni? Dah? Bagus, bagus, bagus. Hari ni saya nak kongsi tentang bersugi. Tahu tak kayu sugi tu apa? Ini lah bendanya :

Milford Sound in New Zealand
Kayu sugi versi terkini kot..

Milford Sound in New Zealand

Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Jika tidak kerana bimbang akan membebankan umatku, pasti aku akan perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersugi ialah sunnah Baginda s.a.w untuk membersihkan mulut daripada sisa makanan yang tertinggal dengan menggunakan kayu sugi. Sunnahnya, ia bukan sekadar membersihkan gigi tetapi membersihkan mulut secara keseluruhan termasuk lidah dan dinding-dinding mulut.

Bersugi bukan terhad untuk waktu sebelum solat je tapi sunnah yang perlu diamalkan pada bila-bila masa apalagi kalau lepas makan ketika mulut dipenuhi sisa-sisa makanan.

Bersugi memberi banyak manfaat. Ia disukai Allah. Ini disebutkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Jadikanlah bersugi itu satu amalan, kerana ia (bersugi) menyihatkan mulut dan menjadi kesukaan Pencipta (Allah)." (Riwayat al-Bukhari)

Ibn Qayyim r.a. ada menyebut 4 kebaikan bersugi :
  • Melancarkan lidah
  • Mencerdaskan otak
  • Mengharumkan mulut
  • Menguatkan gusi 

Bahan-bahan yang terkandung di dalam kayu sugi telah terbukti secara saintifik lebih berkesan daripada penggunaan berus dan ubat gigi. Oleh itu apa tunggu lagi? Jom bersugi!

Milford Sound in New Zealand

Milford Sound in New Zealand
  • Penggunaan kayu sugi dapat mengurangkan lebih banyak bakteria berbanding penggunaan berus dan ubat gigi.
  • Kayu sugi mengandungi sejenis antibakteria yang bukan je bunuh bakteria, malah dapat cegah jangkitan kuman dalam mulut dan hentikan pendarahan gusi.
  • Penggunaan kayu sugi boleh jadi agen anti penyakit karies; sejenis penyakit gigi yang mudah berlaku.

Milford Sound in New Zealand Tahukah anda?

Kayu sugi berasal daripada :
  • Pohon Arak. Dikenali juga sebagai Salvadora Persica merupakan jenis kayu sugi yang digemari masyarakat Arab.
  • Pohon Lemon
  • Pohon Limau


Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Wednesday 26 June 2013

Cara Letak Ayat di Atas Kotak Komen


Assalamualaikum semua.
Tutorial request daripada Wawa.

Milford Sound in New Zealand

Maksud dia macam ni : 

Milford Sound in New Zealand

Cara-caranya ialah :

1. Sign In > Settings > Post and Comments > Comment Form Message

Milford Sound in New Zealand
2. Save!

Selamat Mencuba! 

Monday 24 June 2013

Cerita Si Aiskrim


Assalamualaikum semua.

Milford Sound in New Zealand
Sedapnya!!

Lama betul saya tak update kan? Maklumlah, semalam baru balik kem, memang penatlah.. Haa.. nampak tak gambar di atas? Sedapnya kalau dapat makan aiskrim tuh.. Sebenarnya entri ada kaitan dengan aiskrim. Jom ikuti kisah di bawah..

Milford Sound in New Zealand

Aiskrim : Manisnya Fitrah

Jom kita berkenalan. Apa yang sejuk, manis dan berwarna-warni? Betul! Itu padanan ciri yang cukup menggiurkan mereka yang keletihan dan dahaga.

Bayangkan tekak sedang kering dalam cuaca panas terik, kemudian disuakan aiskrim. Subhanallah, suapan pertama ke mulut itu memang paling nikmat dan sudah pasti nikmat memakan aiskrim hanya dapat dirasai ketika ia masih dalam keadaan beku.

Milford Sound in New Zealand

Fitrah Mengangkat Darjat

Aku disimpan di ruang sejuk beku bawah suhu negatif darjah Celcius bagi mengekalkan keadaan fizikalku. Ya, aku harus akur dengan disiplin itu. Apatah lagi ni bukanlah untuk kepentingan orang lain, sebaliknya atas keperluanku sendiri.

Bagi manusia, fitrah untuk tunduk dan patuh kepada Allah perlu diakui dan dituruti. Sama ada manusia derhaka ataupun taat, Allah tetap berada pada kedudukan yang paling mulia.

Menyembah Allah bukanlah syarat untuk meninggikan-Nya, sebaliknya manusia menjadi hina jika mengetepikan-Nya. Sifir mudahnya semakin dia membesarkan Allah, semakin dia dipandang mulia dalam kalangan makhluk yang lain.

Hayati pesan Rasulullah s.a.w. kepada Ibn Abbas ketika beliau masih kecil maksudnya : "Jagalah hak Allah, maka Allah akan menjaga kamu". (Riwayat al-Tarmizi)

Hakikatnya, perasaan untuk menghambakan diri kepada Allah ada pada diri manusia. Lihatlah fitrah seorang anak untuk menghormati insan yang bersusah payah melahirkannya. Perasaan itu naluri bagi setiap manusia.

Jika seseorang yang dilahirkan ada naluri sebegitu, inikan pula fitrah seorang manusia untuk mentaati Penciptanya. Rasai dan akuilah kekerdilan diri. Jangan ego!

Milford Sound in New Zealand 

Anugerah

Aku tampil menarik dengan pelbagai warna dan perasa. Bahkan, turut ditambah dengan aksesori seperti kacang dan buah-buahan bagi menambah selera. Itu belum diambil kira pembungkusan yang menarik perhatian. Pengeluar - pengeluar aiskrim bersaing secara aktif untuk menunjukkan produk mereka yang terbaik.

Tarikan pada yang indah itu fitrah. Tetapi kecantikan yang biasa digembar - gemburkan di media bukanlah bertepatan dengan kecantikan yang dikehendaki agama.

Pesanku kepada manusia, hiaslah dirimu dengan takwa, potensi dan bakat semula jadi kurniaan Ilahi. Itulah anugerah sebagai tarikan pada diri.

Jangan rendah diri dengan kekurangan, ambillah lajak sebelum melonjak lebih tinggi. Kekurangan ialah permulaan untuk menuju kejayaan. Asahlah dengan ilmu tanpa mengenal putus asa. Dengan minat dan semangat yang kuat, Insya-Allah ia akan menjadi satu kelebihan luar biasa dalam dirimu.

Sebelum umur lanjut, nikmati dan hargailah kehidupan dengan bijak seperti seorang manusia yang dahaga sedang menikmati aiskrim, nikmatilah sebelum ia cair!

Milford Sound in New Zealand

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menaip entri yang panjang ni.. Maklumlah entri ni akan kekal sepanjang minggu yang jerebu ni. Minggu depan saya update supaya pembaca dapat habiskan membaca entri saya ni.. Terima kasih, jumpa lagi di lain hari..Insya-Allah..

Milford Sound in New Zealand
Nikmatilah sebelum ia cair!
Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Sunday 16 June 2013

Menyelamatkan Budak Lemas


Assalamualaikum semua..

  Milford Sound in New Zealand

Hari ni saya nak kongsi sebuah cerita yang menarik. *menarik ke?* Dah baca kan tajuk di atas? Kalau nak tahu, saya ada selamatkan budak lemas semalam. Cewahh, mana ada. Saya berenang pun tak reti, apa lagi nak selamatkan orang, memang tenggelam habis lah.. Hehehe.. jangan marah tau, saya saja nak buat cerita gempak. Saya sebenarnya cuma nak kongsi cerita yang saya baca je.. 

Milford Sound in New Zealand

Kisahnya berbunyi begini :

Pada suatu ketika, sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak lelaki membuat perjalanan ke Scotland bagi menghabiskan cuti musim panas. Satu hari, budak lelaki itu merayau sendirian dan akhirnya menemukan sebuah kolam renang yang telah ditinggalkan. Tanpa menunggu lama, budak lelaki tersebut menanggalkan pakaian lalu terjun ke dalam kolam tersebut.

Tidak lama selepas terjun, dia telah diserang kekejangan otot yang teruk. Budak lelaki tersebut menjerit-jerit meminta tolong dan pada waktu yang sama berjuang bermati-matian untuk mengatasi kekejangan yang dialami untuk terus terapung. Dia bernasib baik kerana seorang anak petani yang bekerja di ladang berdekatan mendengar jeritan tersebut.

Tanpa berlengah lagi, anak petani tersebut terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan budak lelaki yang hampir lemas itu.

Keesokan harinya, dengan perasaan terhutang budi, bapa budak lelaki yang diselamatkan pergi berjumpa anak petani untuk mengucapkan terima kasih. Si bapa bertanya kepada anak petani tentang cita-cita beliau.

Anak petani menjawab dengan perasaan sugul : "Saya sentiasa ingin menjadi seorang doktor. Tetapi kami orang miskin dan tidak mampu untuk membiayai pengajian tersebut."

"Tak mengapa. Teruskan usaha kamu dan saya akan tanggung kosnya", balas bapa budak tersebut.

Milford Sound in New Zealand

Apakah pengajaran yang kita dapat daripada alkisah di atas? Pengajarannya ialah :
Yakinlah dengan memberi, kita akan menerima sesuatu yang lebih baik daripada pemberian kita. Tetapi perlu tetapkan di hati, memberi bukan kerana mahukan balasan, tetapi kerana Allah..
Macam anak petani tadi tu lah, dia cuma menyelamatkan budak itu, tetapi dia mendapat balasan yang baik iaitu, dia dapat sambung pelajarannya.. Semoga kita dapat info extra daripada kisah di atas.. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.. Bye, jumpa lagi!

Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Saturday 8 June 2013

Anggur + Epal + Air


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New ZealandMilford Sound in New ZealandMilford Sound in New Zealand

Haa..nampak gambar di atas.. Saya nak kongsi cerita dengan pembaca semua nih.. Haa..kalau nak nak tahu, jom ikuti kisah yang berikut..

Milford Sound in New Zealand 

Dia seorang profesor yang skeptikal terhadap ustaz-ustaz. Pada pandangannya, semua ustaz kolot dan mempunyai tahap intelek kelas ketiga. Hanya pandai mengajar dan berceramah.

Selalunya dia akan berkawan dengan ustaz hanya untuk mengenakan mereka. Setakat ni dah lebih 20 orang ustaz berjaya dikenakan olehnya..

Kali ni profesor bertemu lagi dengan seorang ustaz..

Profesor : Saya sangat suka anggur. Salahkah saya suka memakan anggur?
Ustaz : Tentunya tidak..
Profesor : Kalau saya makan anggur dan epal?
Ustaz : Tiada masalah..
Profesor : Bagaimana pula jika anggur dan epal itu saya kunyah-kunyah, kemudian saya telan sambil minum air?
Ustaz : Ikut suka hati kamulah..
Profesor : Baiklah, jika semua itu tidak salah, kenapa kita tidak boleh minum arak? Bukankah arak itu asalnya campuran anggur atau epal dengan air semata-mata?

Dalam hati si profesor tersebut tersebut berkata : "Kali ni seorang ustaz lagi terkena!"

Ustaz : Hmm..kalau begitu, cuba tuan jawab pula soalan saya nih.. Saya curahkan air ke atas tuan, agaknya sakit tak?
Profesor : Ah, tidaklah!
Ustaz : Bagaimana kalau saya renjis-renjis sedikit tanah, sakit tak?
Profesor : Tentulah tak rasa apa-apa, ustaz. Mungkin kotor sahaja..
Ustaz : Kalau begitu, bolehlah saya hempapkan sebiji bata atas kepala awak. Tentu tak sakit.
Profesor : Bata?! Tentulah sakit ustaz!
Ustaz : Bukankah bata itu asalnya campuran tanah liat dan air sahaja?

Selepas itu, si profesor menjadi anak murid terdekat ustaz tersebut. Dia belajar dan menghayati keindahan syariat Islam dan kehebatan ulama.

Milford Sound in New Zealand

Apa pengajaran yang boleh kita dapat di sini? Haa.. pengajarannya ialah : Menjadi seorang pendakwah perlu kreatif berhadapan orang yang akan diberi dakwah. Barulah bukan pendakwah yang terkena, sebaliknya orang yang akan tertarik kepada dakwah yang disampaikan..

Dah dapat pengajarannya? Dah? Bagus, bagus.. Saya rasa setakat ni sahajalah entri saya pada hari ni.. Selamat bersekolah kepada semua student di luar sana!!

Thanks to : Milford Sound in New Zealand

Renungan buat diriku yang mudah lupa..


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand

Renung - renungkan dan selamat beramal.. Selamat bersekolah juga kepada semua pelajar sekolah..

Wednesday 5 June 2013

Ujian Rawak : Burung Biru


Assalamualaikum semua.. Haa..hari ni saya saja nak buat test psikologi. Jom test korang punya psiko...just for fun. Lepak sambil kenali diri kita..

Bagaimanakah anda menghadapi kesusahan atau ketidakpastian dalam hidup?? Mari kita uji dengan situasi dibawah : 

Suatu hari, seekor burung bewarna biru telah terbang msauk ke dalam bilik anda dan terperangkap. Sesuatu tentang burung biru itu menarik perhatian anda dan anda memutuskan untuk memeliharanya. Keesokannya, burung biru tersebut telah bertukar warna kepada kuning! Burung itu bertukar warna lagi malamnya. Pada pagi hari ketiga, warna burung itu adalah merah terang dan hari keempat warnanya adalah hitam. Pada pandangan anda, warna apakah burung itu pada hari yang kelima?


1. Burung tersebut masih lagi bewarna hitam
2. Burung tersebut bertukar ke warna asal(biru)
3. Bertukar ke warna putih
4. Bertukar ke warna keemasan



Analisis:

Burung yang masuk ke dalam bilik anda adalah seperti simbol kebaikan, namun ia bertukar warna membuatkan anda risau sama ada kegembiraan anda akan berkekalan atau tidak. Reaksi anda terhadap situasi ini melambangkan bagaimana anda memberi reaksi terhadap kesusahan dan ketidakpastian dalam hidup.

1] Mereka yang berkata burung kekal hitam mempunyai pandangan pesimis. Anda cenderung untuk mempercayai bahawa apabila keadaan menjadi buruk, ia tidak akan kembali kepada sebelumnya. Mungkin anda perlu mencuba untuk berfikir bahawa jika perkara ini adalah seburuk yg anda sangka, ia tidak akan menjadi lebih teruk. Ingat, tidak ada hujan yang tidak berakhir dan tiada malam yg berterusan sehingga tiada subuh hari berikutnya.

2] Mereka yang berkata burung biru lagi mempunyai pemikiran optimis. Anda percaya bahawa hidup ini adalah gabungan yang baik dan buruk. Anda menerima kesukaran dengan tenang tanpa tekanan yang tidak wajar atau bimbang. Pandangan ini membolehkan anda menghadapi kesukaran tanpa membebankan jiwa anda.

3] Mereka yang berkata burung bertukar putih adalah seorang yang mampu membuat keputusan dengan baik dalam keadaan tertekan. Anda tidak membuang masa dalam membuat keputusan walaupun sedang dilanda krisisJika keadaan bertambah buruk,anda rasakan adalah lebih baik untuk mencari alternatif lain untuk menyelesaikannya dan bukannya bersedih dan mengaduPendekatan yang proaktif ini menyenangkan anda dan orang lain.

4] Mereka yang berkata burung bertukar keemasan boleh digambarkan sebagai berani. Anda tidak tahu makna tekananKepada anda, setiap krisis adalah peluang. Tetapi berhati-hati supaya keyakinan tinggi anda tersebut tidak memakan diri sendiriAda beza antara berani dan terlalu berani! 

Credit to : Detik Pelangi
Jangan percaya bulat-bulat.. Sekadar main-main je..

Saturday 1 June 2013

Nak Tidur? Berwuduklah Dulu!


Assalamualaikum semua. Lama kan saya tak update? Sebenarnya saya masih jet lag sikit. Badan pun masih terasa penat. Tapi saya tetap gagahkan diri saya nak update untuk pembaca semua.

Haa..dah baca tajuk di atas? Dah tahu kan apa yang nak saya kongsikan pada hari ni? Saya nak kongsi tentang manfaat berwuduk sebelum tidur. Berwuduk ni banyak kelebihannya..Tak sabar nak tahu? Jom baca!

Milford Sound in New Zealand

Milford Sound in New Zealand Manfaat Berwuduk Sebelum Tidur


  •  Meregangkan otot-otot sebelum badan berehat panjang. Kalau nak tahu, air yang kita sapu pada anggota badan semasa berwuduk boleh mengendurkan otot-otot yang tegang setelah sehari suntuk aktiviti seharian.

  •  Mengelak penyakit. Tahu tak, yang perbuatan mencuci tangan dan kaki boleh buang banyak bakteria yang melekat pada anggota tersebut. Berkumur dan memasukkan air dalam hidung juga boleh buang bakteria. Bakteria berpotensi untuk membiak dengan cepat semasa kita tidur. Berwuduk dapat elak sakit tekak dan resdung.

  • Mencerahkan kulit wajah. Bab ni mesti ramai perempuan suka betul tak? Semua nak jadi putih, tahu sangat perangai perempuan ni.. Bagaimana ia berlaku? Haa..apabila kita basuh muka, sel-sel kulit mati dapat dibuang dan boleh menambah lagi kesegaran wajah.

  • Mendapatkan kesegaran pada pagi esok. Tubuh lagi segar bila dapat tidur yang secukupnya dan berwuduk sebelum tidur. Kenapa? Sebab dengan berwuduk, seseorang sebenarnya sedang disiplinkan diri untuk tidur dalam keadaan yang paling selesa.

Milford Sound in New Zealand


Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidur pada malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), malaikat mengikutnya. Ketika dia bangun daripada tidur, malaikat itu akan berdoa : 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si polan kerana dia tidur pada malam hari dalam keadaan bersuci.'" (Riwayat Ibn Hibban)

Jom sama-sama kita berwuduk sebelum tidur!

Milford Sound in New Zealand

Sumber : Majalah Gen-Q