Monday 15 December 2014

Salah ke minat K-pop?

Assalamualaikum semua...


K-POP : 

"Korean Pop" (Muzik Pop Korea) adalah muzik yang berasal dari Korea Selatan. Hebatnya K- Pop ni sehingga tempiasnya menyebabkan fenomena hebat disebut Hallyu atau Korean Wave. Negara kita pun salah sebuah negara yang menerima tempias yang cukup hebat!

"Salah ke minat K-Pop?" Soalan ini memang banyak saya dengar.. termasuklah saya sendiri yang ingin tahu jawapannya.. Artikel ni bukan saya punya sepenuhnya.. Credits to Asyraf Khalib. Saya mengambil isi-isi dari blog tersebut..Terima kasih..


"Salah ke minat K-Pop?"

Sebenarnya saya pun minat juga K-Pop ni.. *mengaku*
tapi tak ada lah sampai obses sangat..
Ok, berbalik kepada tajuk tadi..

Minat adalah suatu keadaan di mana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari mahupun membuktikan rasa sukanya. Pada saya, perasaan "minat" itu adalah fitrah..

Berdasarkan artikel yang saya baca, hasil perbincangan dan rujukan kpd ulama oleh tuan blog tersebut, hukum dalam Islama menyatakan tidak salah minat dengan artis K-Pop dengan syarat tidak menjadikan individu tersebut sebagai idola anda. Apa yang jelas dalam istilah "idola" ini ialah minat itu tidaklah fanatik (obses) sehinggakan bilik tidur, telefon bimbit, cadar tilam, sarung bantal, malah baju anda penuh dengan gambar artis tersebut.

Kenapa tak boleh?

"Orang Islam tidak akan ambil orang-orang yang lagha (dalam hiburan spt penyanyi, pelakon, penari) sebagai orang yang sangat dipuja. Yang kita puja ialah Rasulullah S.A.W. " -UAI

Pun begitu, minat untuk tengok bakat artis Korea dalam menyanyi, berlakon drama dan sebagainya tidak menjadi kesalahan adapun ia menghiburkan anda. Saya pun tonton drama Korea juga. Hebat! Tapi perbuatan itu tidaklah dituntut dalam Islam dan pastikan ada had. 

Had yang macam mana?

Tidak berimaginasi yang melampaui batas sehinggakan ada individu yang jenis setiap suatu dalam hidup dikaitkan dengan Kpop, baju pun Kpop, rambut pun Kpop, suami pun nak macam Kpop -_-" Dalam bilik tidur ada poster Kpop, nak tidur kena wish "good night" pada gambar baru tidur.. Itu kena terima hakikat bahawa anda Islam dan agama larang anda buat begitu..


Kesimpulan

Saya rasa minat Kpop tidaklah 100% salah..
Boleh minat tapi jangan obses..
Mesti ada hadnya...
Apa-apa pun, jangan sampai kita lalai..

Setakat itu sahaja..
Wallahualam..

*artis kesukaan*


Sincerely, 
BalqisStyle