Monday 13 January 2014

Bila Saya Boleh Bercinta?

Assalamualaikum semua..

*jangan salah faham, diorang suami isteri dalam anime ni*

Lama rasanya tak update blog ni kan? Kan, kan, kan? Sampai ada kawan saya tu tanya bila nak update blog..haish... Saya minta maaf sesangat sebab saya memang sibuk dengan kerja sekolah yang bertingkat-tingkat dan tinggi macam Gunung Everest *haha, lebih-lebih pulak* Hari ni, tiba2 pulak tajuk jadi jiwang, hehe.. Mesti anda semua nak tahu kan, kenapa tiba2 je saya tulis pasal cinta-cinta pulak ni? Kenapa pulak ngan si Balqis ni eh?


Bila sebut pasal cinta ni, mulalah korang nak ingat orang yang korang suka kan.. Eh, eh, jangan! Saya tak suruh korang ingat pun orang tuh! Kalau boleh, tak payah ingat pun tak pe.. Sebab kita yang remaja ni kena tumpukan perhatian terhadap pelajaran dulu.. Cukuplah korang fikir bila korang boleh bercinta.. Tangguhkanlah masa untuk bercinta tu sebab ia akan tiba bila sampai masa nanti.. 

Bila fikiran kita lebih terarah kepada matlamat yang lebih jelas dan realistik, akan hadirlah cinta kepada kebaikan, cinta terhadap perjuangan Islam, cinta buat keluarga tersayang dan sentiasa berlumba-lumba meraih cinta sebagai seorang kekasih Allah..

Kesimpulannya di sini, cintalah kepada Allah dulu.. Tak payah nak menggatal bercinta waktu remaja. Tumpukan perhatian terhadap pelajaran, bila dah berjaya, dah bekerja, barulah boleh fikir pasal bercinta..

Bak kata kawan saya :

Ini baru cinta remaja.
Bercinta dengan ilmu,
Bertunang dengan buku,
Berkahwin dengan kejayaan.

5 Syarat Menjadi Kekasih Allah
  • Setia ketika susah dan senang
  • Tekad dan taubat
  • Reda kerana Allah
  • Akhirat dulu, baru dunia
  • Berkorban demi Islam

Itu sahaja untuk hari ni, Insyaallah saya akan update blog pada masa akan datang..
Sesungguhnya yang benar datang dari Allah, yang salah datang daripada kesalahan saya sendiri..
Wallahua'lam..
Ilalliqa'.. Jumpa lagi di entri akan datang!!!

Wednesday 1 January 2014

1st Entry for 2014

Assalamualaikum semua..

This is the first entry for 2014.. *speaking tiba2*
Hehe.. Saya dah nak masuk 15 tahun rupanya.. Dah form 3.. 
Tahun ni mesti tahun yang mencabar sebab saya akan menduduki peperiksaan PBSMR.
Doakan saya berjaya ya!
Banyak kenangan indah pada tahun 2013 dan saya takkan lupakan..

Azam tahun 2014 :
  •  Berjaya dalam PBSMR
  • Jadi lebih rajin masuk dapur *haha*
  • Jadi lebih rajin nak study
  • Jadi pelajar yang cemerlang
  • Jadi lebih bertanggungjawab

Banyak lagi sebenarnya tapi malas lah nak taip..
Itu sahaja untuk hari ini..
Insyaallah saya akan update blog pada masa akan datang..
Lastly, good luck to PBSMR and SPM candidates!!