Monday 25 March 2013

Santun Itu Seni


Milford Sound in New ZealandAssalamualaikum semua. Lama saya tak update blog. Maklumlah, cuti sekolah tak macam cuti sebab banyak sangat kerja. Tapi tak mengapalah, cikgu bagi kerja bukan suka-suka tapi nak bagi kita pandai, betul tak? Okeylah, hari ni saya nak berkongsi tentang tip menegur. Bukan menegur sapa, tapi menegur jika seseorang melakukan kesalahan.

Kita harus belajar berbicara dengan lembut dan penuh seni. Dengan metode berhikmah, kita mampu membuatkan orang lain hormat dan bertambah sayang pada Islam. Antara perkara wajar kita gunakan dalam menegur ialah :

1. Perkataan Yang Lembut :
Allah berfirman yang bermaksud : "Kamu berdua (Musa dan Harun a.s.) katakan kepadanya (Firaun) dengan perkataan yang lembut agar dia ingat kepada-Ku (Allah) atau dia berasa gerun." (Surah Taha 20: 44)

2. Raikan Pandangan :
Apabila berbicara dengan sesiapa pun, elak daripada menafikan pandangannya sebaliknya raikan serta tambah pandangan yang lebih bagus.
Contohnya :

Milford Sound in New Zealand "Tidak, bukan begitu.....sebenarnya begini."
                                                                                                                                                                                   
Milford Sound in New Zealand "Ya, saya bersetuju namun saya ingin menambah sedikit begini dan begini."


Dari situ, akan wujud kesamaan dan penambahbaikan. Secara tidak langsung, orang yang ditegur mudah untuk mempertimbangkan butir bicara kita.

Milford Sound in New Zealand Sumber : Majalah Gen-Q

Saturday 16 March 2013

Renungan : Tanda-tanda Hati Kotor


Milford Sound in New Zealand

Kali ini kita bercakap soal HATI. Apa itu HATI?.
HATI adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. HATI adalah ketua segala tubuh badan. Jadi HATI ini adalah amat penting sekali pada diri setiap manusia, HATI yang bersih boleh merasakanKETENANGAN walaupun ditimpa musibah dan ujian dari Allah S.W.T...Pandangan HATI adalah paling HAKIKI jika HATI itu bersih..HATI yang kotor akan menyebabkan kita mudah lalai dan leka dengan hasutan SYAITAN. SYAITAN mudah meyelinap masuk ke dalam HATI dan bila HATI terlalu KOTOR, payah untuk kita membersihkan HATI kecuali dengan BERISTIQAMAH danMUJAHADAH..Insya'Allah....

Apa tanda2 hati kotor?
  • Gelisah walaupun tiada masalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya
  • Lidah yang tajam atau laser
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua2 ibu bapa
  • Talam dua muka (manis di depan tapi jahat dibelakang)
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Selalu mencari kesalahan orang lain
  • Cinta kepada duniawi.

Astagfirullah al'azim..banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini. Ya Allah, jauhkanlah hati aku daripada sikap2 begini.

Credit To :
Milford Sound in New Zealand http://marorozalez86.blogspot.com

Saturday 9 March 2013

Tips Sedekah Bukan Dengan Wang


Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsi tentang tips sedekah bukan dengan wang. Tak sabar nak tahu? Jom baca!

1. Perbuatan :
  • Senyuman, masa, tenaga, solat, berkongsi ilmu, mendamaikan dua orang insan yang bertelagah, membersihkan rumah Allah dan lain-lain.
2. Lisan :
  • Sebarkan salam, ucapan yang baik, berzikir dan sebagainya.
3. Hati :
  • Berniat untuk berbuat baik, sekiranya mempunyai rezeki yang lebih nanti.


Senangkan nak bersedekah? Mulai hari ni jom kita sama-sama bersedekah walaupun dengan sekuntum senyum yang ikhlas. 


Milford Sound in New Zealand



Sumber : Majalah Gen-Q


Monday 4 March 2013

Tutorial Tukar Cursor Jadi Comel


Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak ajar macam mana nak tukar cursor jadi comel. Disebabkan ramai kawan-kawan saya tanya macam mana, jadi saya pun buatlah tutorial. Lama juga saya tak buat tutorial ni. okeylah tanpa membuang masa, jom belajar!

1. Mula-mula pergi ke SINI untuk cari cursor comel.
2. Lepas dah pilih, klik gambar cursor tu.


3. Lepas klik, copy Code HTML cursor tu.


4. Sign In > Template > Edit HTML > Tick Expand Widgets Template
5. Paste kod tu sebelum perkataan </html>


6. Cursor tak payah preview, sebab masa preview, cursor jadi macam biasa je. Save dulu, kalau    tak jadi, search balik kod cursor dan padam kod tu. Tolong bagitahu saya kalau tak jadi.
7. Yeah!! Dah siap!

Kalau tak jadi, jangan malu nak tanya. "Malu bertanya sesat jalan"  betul tak? Kalau jadi, bagitahu saya jugak ye! 



http://www.glittergraphics.org/graphics/thank-you/images/10.jpg