Saturday 31 August 2013

Kisah Singa


Assalamualaikum semua..


Milford Sound in New Zealand

Lama saya tak update blog.. Selamat hari kemerdekaan yang ke-56! Ada tak yang pergi ke Dataran Merdeka tengok perarakan? Share lah sikit dengan saya.. heheh.. Hari ni saya nak kongsi satu kisah..

Milford Sound in New Zealand

Al kisah maka tersebutlah kisah seekor anak singa yang terpisah dari kumpulan singa2 yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalan lah sehingga ia sampai ke pinggir hutan. Di sana terdapat sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekumpulan kambing.

Ketua kambing telah mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing. Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama berlalu anak singa telah meningkat remaja. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pula macam kambing.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing2 lain. Nak melawan tak ada la daya upaya kerana fikirnya macam mana nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka. Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari. Dipendekkan cerita selepas sesi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. 
T A M A T.


Milford Sound in New Zealand

Moral cerita :
Kambing = orang kafir
Tanduk kambing = harta, takhta, senjata
Singa = orang Islam
Kuku, taring dan ngauman singa = kekuatan dalam kerja dakwah


Sunday 25 August 2013

Kisah Pensel dan Pemadam


Assalamualaikum semua...

Milford Sound in New Zealand

Pengorbanan dan kesetiaan mungkin boleh diibaratkan seperti kisah pensel dan pemadam ini.

Milford Sound in New Zealand

Pensel : Maafkan aku pemadam…

Pemadam : Maaf untuk apa Pensel?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…

Pensel : Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…

Pemadam : Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun aku tidak kisah. Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru, namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih. Aku berharap kau akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini..

Milford Sound in New Zealand
Pensel diibaratkan seperti kita yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibu bapa yang sentiasa ada untuk kita. Kesilapan adalah sebuah langkah untuk kita melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat setiap kali kita melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa.
Milford Sound in New Zealand

Saturday 17 August 2013

Buatkan Aku Tersenyum


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand

Masih dalam mood raya ke pembaca semua? Mesti banyak jemputan open house dan kenduri kan? Ada tak yang buat open house, jangan lupa ajak saya sekali. Hehe, gurau je.. Lama kan saya tak update blog, maklumlah saya balik kampung sampai hari Selasa. Lepas tu, terkejar-kejar siapkan kerja sekolah yang bertimbun tu..

Milford Sound in New Zealand

Hari ni saya nak share tentang cara gembirakan orang lain.. Ye lah, mana tahu ada kawan yang merajuk, kita  nak pujuk macam ni :

1. Bagi gula-gula kepada mereka yang bermasam muka dan mendoakannya "Semoga hari kamu semanis gula-gula ini.."

2. Puji pakaian dan penampilan : "Warna ini sepadan dengan diri awak."

3. Memberi komen motivasi : "Wah, hari ini awak nampak sungguh bertenaga!"

4. Bagi hadiah sekali-sekala

5. Bantu rakan meringankan beban kerjanya..

Milford Sound in New Zealand

Setakat ini sahaja entri saya.. Thanks for reading.. Jumpa lagi di hari lain, Insya-Allah....

Thanks to :  Milford Sound in New Zealand

Saturday 3 August 2013

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya!!


Assalamualaikum semua..

Kad raya untuk pembaca blog ni, comel tak?
Milford Sound in New Zealand
Lamanya saya tak update blog ni.. Rindu blog ni.. Okeylah, hari ni saya cuma nak ucapkan selamat berpuasa *tahulah dah terlambat* dan selamat hari raya.. Sedar tak sedar tinggal berapa hari je bulan Ramadan ni.. Huhuhu... Oleh itu, sepanjang 10 malam terakhir ni banyak-banyakkan beramal ye kawan-kawan! Bagi yang balik kampung, hati-hati di jalan raya.. Pandu kereta tak perlu laju-laju.. Kampung tak lari ke mana pun.. Akhir sekali, saya nak minta maaf dari hujung tudung hingga hujung stokin kalau ada terkasar bahasa ke sebelum ni.. Tersalah info atau apa-apa sahaja kesalahan yang saya buat.. Minta maaf ye! Setakat itu sahaja untuk hari ini.. Semoga kita bertemu kembali, Assalamualaikum..