Monday 2 December 2013

Senyum :)

Assalamualaikum semua..


Pernah dengar tak lagu 'Senyum, Tak Perlu Kata Apa-apa'? Mesti pernah kan? Lagu ni famous sangat.. Kalau tak tahu search kat Youtube je lah ya..

Senyum ni banyak kelebihannya, antaranya :
  • Memperbaiki emosi, mengurangkan tekanan perasaan dan fikiran
  • Membantu merangsang sistem imun dan merendahkan tekanan darah
  • Senyuman ni macam penyakit berjangkit. Senyumlah, mesti orang yang melihat senyuman kita tu akan tersenyum. Ia akan beri kesan positif terhadap diri kita dan orang lain :)
  • Menggalakkan badan hasilkan hormon endorfin iaitu pelega kesakitan semula jadi. Senyum dianggap ubat semula jadi :)

Kesimpulannya, senyumlah sebab banyak kelebihan senyum ni..
Tapi, biarlah di tempat yang betul ya! 

Saturday 30 November 2013

Blogskin? Tidak...

Assalamualaikum semua..


Ramai yang asyik tanya saya, "awak pakai blogskin ke?" Ni saya nak tanya nih.. Cantik sangat ke blog saya sampai orang asyik tanya pakai blogskin?

Saya nak buat satu pengakuan sikit, saya pakai template biasa je, simple template.. Semua ni saya edit sendiri.. Saya tak suka sangat blogskin sebab tak best lah.. Nanti ada blog yang sama design macam kita.. Lepas tu, blog tu bukan di edit hasil titik peluh kita sendiri..

Saya pernah cuba sekali pakai blogskin, tapi sejujurnya saya tak berapa suka sangat.. Tup, tup, lepas tu terjumpa pulak blog yang sama design.. Ish, tak best lah, macam kita ambil design orang pula.. Memang senang pakai blogskin, sebab kita tak payah nak edit banyak sangat..tapi saya lebih suka edit sendiri..

Akhir sekali saya nak cakap, maafkan saya kalau kata-kata saya ni kasar.. Tak salah kalau nak pakai blogskin.. Maafkan saya, saya memang seorang yang sangat jujur dan berterus-terang.. Minta maaf ya.. Ini hanya pendapat saya je.. 

Friday 29 November 2013

Blog Tukar Baju!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, yeay! Blog Balqis dah bertukar baju.. Disebabkan dah boring dengan design lama jadi saya ambil keputusan untuk edit semula blog ni..

Amacam? Suka tak? Dulunya tema warna-warni tapi sekarang dah bertukar jadi kelabu pulak, hehe.. Kenapa kamera? Hehe, ni nak cerita nih.. Saya pun tak tahu sejak bila saya berminat dengan kamera tapi jujur saya memang suka sangat!! Saya teringin sangat nak DSLR, tapi tak mampu, mahal sangat lah.. RM1000 lebih mana nak dapat?

Design dulu tinggal kenangan



















Design baru yang agak matured saya rasalah..


Monday 25 November 2013

Daun Yang Gugur


Assalamualaikum semua..


Lama rasanya tak update blog.. Maaflah, waktu cuti sekolah saya lebih sibuk berbanding hari biasa.. Hari ni saya nak berkongsi satu kisah..

Daun yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin 

Tiupan angin petang itu terasa nyaman. Aku terliuk-liuk bersama timbunan daun yang lain. Berpaut pada dahan, aku bertahan dengan tenaga yang masih tersisa. Warna hijau yang malu-malu menunjukkan warnanya sudah mula diganti dengan warna kuning...petanda aku sedang menjejaki usia tua.

Bila-bila masa sahaja angin kuat menunjukkan 'taringnya'. Jika tidak pun, tatkala tangan-tangan manusia menjolok buah dengan galah, boleh sahaja aku gugur bersama hasil buah yang mereka harapkan..
Kehidupan Adalah Peluang

Hari ini bertambah lagi usiaku. Hari yang bertambah sehari lagi bermaksud Allah masih memberi peluang untuk menambah kenangan dan pengalaman. Aku masih ingat saat budak-budak nakal membaling batu-batu kecil untuk menggugurkan buah langsat yang sedang sarat timbunan buahnya. Sakitnya bukan kepalang apabila batu-batu kecil turut terkena aku.

Apabila difikirkan semula, itu adalah kenangan yang boleh aku simpan. Yalah, jika tidak melalui perkara itu, sampai bila-bila pun aku tidak mengerti indahnya saat kanak-kanak memberi makna pada persahabatan mereka. Riang bersama ketika mengutip buah yang menjadi rezeki mereka hari itu..

Kehidupan padaku adalah satu perjalanan yang penuh hentian. Walaupun tidak lama, aku tetap harus berhenti. Berhenti untuk mengambil hikmah dalam setiap ketetapan Allah. Cukup dengan memandang diri sendiri, pelbagai jawapan yang aku peroleh..

Aku melihat sedikit demi sedikit tunas menjadi pokok, putik buah semakin hari semakin membesar dan dahan pula memenuhi pokok yang tegak berdiri. Begitu juga dengan buah yang menjadi "manfaat" pada pokok.. Sampaikan ada pepatah Arab yang menyebut : "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah." Akhir sekali, barulah ada kehadiranku yang menjadi penyeri pokok.

Aku turut melihat dahan-dahan yang ditebang untuk merendangkan pokok. Semua ini hakikatnya, adalah peluang padaku untuk mengerti bahawa makhluk yang hidup perlu terus bergerak mendepani masa hadapan selagi diberi peluang. Tidak perlu takut akan kehidupan akan datang yang belum pasti. Ya, seperti ketakutanku yang kerap bertandang. Takut pada angin yang bertiup!
Kehidupan Menemukan Pengakhiran

Sering dikhabarkan, impian perlu besar supaya rasa takut boleh dikecilkan. Apalah sangat pada ketakutan sebenarnya dilalui oleh semua makhluk Allah. Hatta ia dihadapi oleh manusia yang bertaraf raja sekalipun. Lantaran itu, aku perlu memasang tinggi cita-cita agar nanti sekiranya angin bertiup ia hanya terlihat picisan. Apakan impian itu?

Setiap yang bergerak, suatu hari nanti akan berhenti jua (mati), maka hakikat ini perlu aku sedari sejak awal-awal lagi. Memasang harapan untuk terus bergayut pada ranting pokok tidak mungkin sama sekali. Aku perlu akur akan prinsip kehidupan ini. Apa yang boleh aku lakukan?

Jangan menbenci angin kerana hakikatnya aku membenci pada yang mencipta angin. Impianku, suatu hari nanti jika aku gugur menyembah bumi, biarlah aku mereput, lalu bersatu dengan bahan lain untuk membentuk baja. Impianku, mahu menyebarluaskan manfaatku kepada yang lain biarpun setelah aku tiada. Maha Suci Allah yang ditakdirkan sesuatu bukan dengan sia-sia.  

Thanks to : Gen-Q

Wednesday 20 November 2013

Tukar Warna Highlight


Assalamulaikum semua..


Memandangkan hari ni terlebih rajin, jadi saya nak buat tutorial lah.. 

Nampak warna highlight tu lain, jadi warna purple kan? Biasanya warna biru.. jadi hari saya nak kongsi macam nak tukar warna dia.. :)


Caranya ialah :

1. Sign In > Template > Edit HTML

2. Cari code ni (tekan CTRL+F) :
a:link {
3. Then, copy code ni :
 ::-moz-selection {background:#000000;color:#FFFFFF;}
::selection {background:#000000;color:#FFFFFF;}
4. Paste kan code tu SEBELUM code yang anda cari.

5. Dah siap! Lihat hasilnya :)
  • Ini kegunaan Mozilla Firefox dan Google Chrome saja !
  • Yang warna merah di atas , anda boleh tukar kan dgn warna kesukaan anda.
  • Nak cari warna? Pergi ke http://www.theodora.com/html_colors.html
  • Ada masalah boleh tanya..
Credits : LyssaSecret

Tuesday 19 November 2013

Cara Masukkan Header (New)



Assalamualaikum semua..


Hari ni saya nak buat tutorial.. Request daripada Dini Shahirah.
Berdasarkan pengalaman saya, *ceh pengalaman konon* blogger.com ni ade masalah sikit time nak masukkan header secara manual bukan coding.. Ya, saya ada pernah sekali macam tuh, jadi caranya ialah :

1. Mula-mula mestilah buat header dulu kan.. boleh tengok tuto ni --> Buat Header Transparent guna Microsoft Powerpoint

2. Lepas tu upload image header tu di imgur.com

3. Lepas tu copy URL image tersebut :


4.  Sign In > Layout > Add A Gadget > Page Header

5. Tick 'Shrink to fit' dan 'From the web. Paste an image URL below'

6. Paste kan URL image.

7. Save!
Kalau ada sebarang masalah, jangan malu nak tanya saya :)

Monday 11 November 2013

Demi Masa


Assalamualaikum semua..


Seorang lelaki mengembara ke zaman silam. Hatinya ingin melihat kecerdasan ulama zaman dahulu. Tanpa mengendahkak orang sekeliling, lelaki itu terus berjalan menyusuri rak-rak buku di Bait al-Hikmah.

"Wow, dia menulis dengan kedua-dua belah tangannya!"
"Maaf tuan. Tuan ilmuwan sedang menyalin nota?"
"Bukan, saya sedang mengarang kitab."

Mengarang kitab dengan menggunakan kedua-dua belah tangan serentak? Ini hebat! Kemudian dia bertemu ilmuwan kedua yang sedang membelek-belek pantas helaian buku.

"Tuan cendekiawan, tuan membaca dengan pantas."
Jawab cendekiawan itu : "Saya sedang menghafal sebenarnya."
"Ini lagi hebat!"

Lelaki tersebut bertemu pula saintis Muslim yang masih muda. Disapa saintis muda itu : "Tuan, kenapa tuan saintis termenung?"
"Saya bukan termenung. Cuma sedang berfikir cara untuk mencipta mesin terbang."

Pengajaran 
Tamadun yang hebat dibentuk oleh individu-individu yang biasanya mempunyai persamaan bukan sahaja tidak membuang masa, bahkan menggunakan masa secara optimum.

Nota hati
Saya akan update blog pada masa yang akan datang. Teruskan membaca Blog Balqis! 
Selamat bercuti sekolah! Gunakan masa dengan perkara yang berfaedah ya!

Thanks to : Gen-Q

Tuesday 5 November 2013

Walaupun Sesaat Masaku


Assalamualaikum semua..


Lama saya tak update blog kan? Hmm.. maaflah, saya busy dengan peperiksaan akhir tahun. Hari ni saya nak kongsi satu cerita je. Enjoy reading while listening to the music :)


Ramai dalam kalangan salafussoleh sangat menjaga waktu yang mereka miliki. Antaranya seorang ulama yang dikenali sebagai Ibn Aqil. Beliau sangat terkenal dengan sikap berhati-hati dalam pengurusan masanya.
Beliau sendiri pernah menyebut : "Aku tidak boleh mensia-siakan umurku walaupun sesaat. Sekiranya mulut aku tidak boleh lagi berzikir dan berdiskusi, serta mataku tidak lagi boleh membaca,maka aku akan gunakan untuk berfikir."
Selagi mana masih lagi mampu untuk memenuhi masanya, beliau pasti akan mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Fakta yang lebih menarik lagi, beliau berusaha meringkaskan waktu makannya dengan juadah yang ringkas dan mudah hadam.

Baginya, masa antara suapan pertama dengan suapan kedua itu sangat berharga. Dengan masa sesingkat itu, beliau mampu memahami sesuatu ilmu dan mengoptimumkan masa belajarnya.

Katanya lagi : "Masa umpama harta karun yang boleh digunakan untuk menggapai sesuatu. Masalah dan beban kita berat sedangkan masa itu terlalu singkat."

Beliau merasakan masa yang ada dalam hidupnya belum mampu membuatkan dirinya menyelesaikan beban amanah yang dipikul.

Ibn Aqil berprinsip bahawa cara terbaik, untuk mengisi waktu dan mendekatkan diri kepada Allah ialah menuntut ilmu. Dengan ilmu, dapat mengeluarkan seseorang daripada kejahilan menuju cahaya syariat Allah dan mampu mencapai sebahagian kejayaan para ulama sebelumnya..


Good luck SPM Candidates! 
Selamat Menyambut Maal Hijrah, jadikan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Thanks to : Gen-Q

Tuesday 22 October 2013

Kuatkan Ingatan? Macam mana tu?


Assalamualaikum semua..


Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak update blog dan berkongsi macam mana nak kuatkan ingatan. Ini pun sebagai nota kepada saya juga, sebab kadang-kadang saya ni pelupa juga, haha.. 
Tip Kuatkan Ingatan
  • Jauhi dosa : Dosa bagi kesan kepada memori dan kemampuan akal untuk simpan maklumat. Dosa ibarat kegelapan. Dosa susah untuk wujud dengan cahaya ilmu. 
Imam al-Syafi'i berkata : "Aku telah mengadu kepada guruku mengenai ingatanku yang agak lemah." Beliau berkata : "Ilmu itu daripada Allah dan umpama cahaya. Ia tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan dosa."
  • Sentiasa menyebut nama Allah dan berzikir
Allah berfirman, maksudnya : "Ingatilah serta sebutkan akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : 'Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini." (Surah al-Kahfi 18:24)
  • Amalkan pemakanan secara sederhana :
Makan dengan banyak akan membuatkan kita mengantuk dan malas. 

Makanan yang boleh kuatkan daya ingatan
  • Imam al-Zuhry berkata : "Kalian sepatutnya selalu mengambil madu kerana ia sangat baik untuk daya ingatan." Katanya lagi : "Sesiapa yang ingin menghafaz hadis, hendaklah ia makan kismis."
  • Elakkan / Kurangkan makan makanan yang masam.
  • Elakkan makanan ringan, air birkarbonat, rokok dan makanan yang mengandungi Monosodium Glutamat (MSG)
Kesimpulan
Pepatah Arab ada mengatakan :
"Akal yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat."
Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan bersenamlah selalu! :)

 Thanks to : Gen Q

Sunday 13 October 2013

Study, Study, Study!


Assalamualaikum semua..


Hari ni saya tak ada nak cerita apa-apa.. Cuma nak tulis yang lepas raya haji ni, saya ada peperiksaan akhir tahun.. Siapa lagi yang periksa nanti, angkat tangan sikit. *tak nampak lah* Hehe.. Saya doakan semoga pelajar-pelajar di luar sana study dan jawab periksa betul-betul. Semoga berjaya semua! Doakan saya juga ya!

Keep Calm and Love Study

Monday 7 October 2013

1st Giveaway By Amira


Assalamualaikum semua..

KLIK BANNER UNTUK JOIN !

Tarikh Mula : 23 September 2013
Tarikh Tamat : 23 Oktober 2013


Tag :  

Thursday 3 October 2013

Cara Letak SCM Music Player dalam Blog


Assalamualaikum semua..


Hari ni saya nak share macam mana nak buat SCM Music Player. Request daripada Aisyah.


SCM Music Player macam ni : 



Cara-caranya


1. Mula-mula pergi ke SINI
2. Pilih design yang anda suka :


3. Klik 'Next'
4. Tulis tajuk lagu nak letak URL. URL lagu boleh ambil daripada Youtube, contohnya :


5. Tambah berapa banyak lagu yang anda suka. Then, klik 'Next'
6. Change settings kalau nak. 


7. Klik 'Done' dan copy code.
8. Pergi ke Dashboard > Layout > Add A Gadget > HTML/Javascript > Paste code > Save
9. Tengok lah hasilnya!
Kalau tak jadi bagitau, kalau jadi pun bagitau kat komen ya! Selamat Mencuba!

Wednesday 2 October 2013

Pemadam : Analogi U-Turn Sebuah Kehidupan


Assalamualaikum semua...


Apa khabar pembaca setia dan followers blog saya ni? Harap-harap semua dalam keadaan sihat walafiat.. Entry hari ni adalah autobiografi tentang pemadam.. Sebelum saya teruskan, saya nak tanya sikit, bila peperiksaan akhir tahun sekolah pembaca? Saya periksa pada 16/10.. Hmm.. saya kena study selepas meng-update blog ni.. Okeylah, tanpa membuang masa, jom kita baca! 
Seorang pelajar tadika berhati-hati menulis. Jika tulisan tidak seperti yang diharapkan, dicapainya pemadam. Padam dan kemudian dia menulis lagi. Tulisan yang dipadam beberapa kali jelas meninggalkan kesan comot pada kertas. 

Sudahlah begitu, bekas contengan masih lagi kelihatan akibat pensel yang ditekan kuat. Jika tersilap, kertas juga boleh terkoyak akibat kerap dipadam. akhirnya dia serik.

Menoleh Susur Galur 
Asal usulku daripada pokok getah. Selesai ditoreh, susu getah akan mengalir perlahan ke dalam bekas yang diikat pada pokok. Lelehan susu getah yang keluar akan mengeras dan dipanggil getah sekerap.

Ketika itu, bau getah yang menusuk hidung manusia adalah suatu gangguan bagi mereka. Walaupun biasa bagi penoreh getah, tetapi tidak selesa bagi kebanyakan orang.

Dengan getah, aku membina kehidupan sesuai dengan perananku nanti. Mengenal asal usul penciptaanku mampu membuatkan aku sedarakan hakikat perhambaan. Begitu juga, walaupun hebatnya seorang manusia, ternyata asal mereka daripada air mani yang hina.

Dengan anugerah akal, barulah manusia belajar sedikit demi sedikit mengenal kehidupan. Jadi, apa sahaja yang boleh dibanggakan?

Dengan jiwa hamba, pandangan orang lain sama ada berbentuk kritikan atau pujian tidak sekali-kali membuatkan aku jatuh atau berasa terlalu selesa. Berada di atas tidak membuatkan aku lupa ketinggian cenderung menyebabkan kesakitan yang lebih sekiranya jatuh nanti.

Ya, kehidupan seperti roda. Jika sekarang berada di atas, tidak mustahil akan datang aku boleh jatuh terperosok ke bawah. Diguna apabila perlu, satu hari nanti menjadi sisa-sisa pemadam yang menunggu masa untuk dibuang.

U-Turn Mencari Destinasi
Sinonim dengan kesalahan, apabila berlaku kesilapan dalam penulisan dan lukisan, aku akan dicari. Timbul satu persoalan; antara pemadam dengan pensel, yang mana lebih penting? Jawabnya gagasan pemikiran orang yang menulis dan melukis!

Kelancaran dalam menulis bukan hanya bergantung pada pensel yang diguna, tetapi lebih utama pada mereka yang menulis. Faktor seperti latihan yang berterusan dan persediaan awal antara yang diambil kira.

Apabila kerap menulis dan melukis, kesilapan boleh diminimumkan. Tetapi hampir mustahil untuk dihapuskan. Sebab itu pensel dicipta bersamaku.

Kesalahan adalah perkara biasa bagi manusia. Jika melalui jalan yang lurus dan mudah tidak semestinya jalan tersebut betul. Ada masanya mereka perlu U-turn, mencari jalan lain untuk sampai ke destinasi yang sebenar.

Seperti fungsiku, apabila berjumpa kesalahan aku hadir untuk kembali membetulkannya. Tetapi sedikit berbeza dengan manusia. Betapa beruntungnya mereka, kesalahn yang dilakukan selalunya ditutup oleh Allah daripada pandangan manusia lain.

Selagi mereka tidak bercerita, selagi itu aib mereka dijaga. Berbanding kesan tulisan, walaupun aku sudah diguna, kesannya masih lagi kelihatan.

Memang manusia dicipta tidak sempurna; mudah berbuat salah. Tetapi sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat atas kesalahan yang dibuat. Seperti pelajar tadika yang sudah serik menulis di atas kertas yang buruk dan hampir terkoyak.

Sudah sampai masa manusia secara fitrahnya kembali kepada Allah. Sebagai insan baru yang memulakan tulisan kehidupan di atas kertas perjalanan hidup yang baru. Ketika itu, belajarlah untuk berhati-hati menulis.
Thanks to : 

Friday 27 September 2013

Fakta Menarik Mengenai Angka 1-10 Dalam Islam


Assalamualaikum semua..


ANGKA 1
Istiqamah itu satu jalan. Awalnya kemuliaan, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang  menanti.

ANGKA 2
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat. Dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1) Air mata orang yang menangis (bertaubat kepada Allah) terutama di malam hari.
2) Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.

ANGKA 3
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagiaan hidup Rasulullah SAW :
1) Bau-bauan yang harum (wangi).
2) Isteri yang solehah.
3) Cahaya mata di dalam sembahyang.

ANGKA 4
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah : Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara  sesungguhnya dia telah di beri kebaikan dunia dan akhirat :
1) Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang diiharamkan oleh Allah.
2) Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3) Malu yang menegahnya dari kejahilan orang2 jahil.
4) Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5
Berkata seorang soleh : Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara :
1) Membaca al-quran dengan tadabbur(ulang2).
2) Kosong perut.
3) Melakukan qiamullail.
4) Memohon ampun d waktu sahur.
5) Mendampingi orang2 soleh (ulama').

ANGKA 6
Enam cara2 menghindarkan diri dari iblis :
1) Bertaqwa kepada Allah d mana sahaja.
2) Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3) Selalu berzikir dan berwirid.
4) Memperbaharui taubat.
5) Memperbanyakkan istighfar.
6) Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanfaat.

ANGKA 7
Tujuh anak-anak Rasulullah SAW :
1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Fatimah
7) Umi kalsum

ANGKA 8
Senjata-senjata perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnya:
1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja-manja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura-pura sakit
5) Senyuman
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis
8) Mempertakuti bahawa ia akan lari

ANGKA 9
Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut :
1) Sombong atau ego
2) Ujub dan riak
3) Hasad dengki
4) Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5) Ingin berlawan terutama sesama ulama
6) Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7) Pemarah
8) Ingin dihormati (gila puji)
9) Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah

ANGKA 10
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan 
bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur :
1) Para Nabi dan Rasul
2) Para ahli Jihad 
3) Para ahli Ulama
4) Para Syuhada
5) Penghafaz Quran
6) Imam atau Pemimpin Yang Adil
7) Muazzin
8) Wanita yang mati kerana kelahiran (beranak)
9) Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10) Orang yang mati pada siang atau di malam Jumaat.


Thanks to : 

Friday 20 September 2013

10 Nasihat Imam Hassan Al-Banna


Assalamualaikum semua..

*gambar hiasan semata-mata*

Sebagai pembuka bicara, saya cuma nak cakap terima kasih kepada pembaca setia dan followers blog pelangi ni.. Terima kasih kerana membaca setiap celoteh saya di dalam blog ni walaupun saya hanya copy n paste dari buku..hehe.. Tanpa membuang masa, jom kita baca apa yang dinasihatkan oleh Imam Hassan Al-Banna..


Nasihat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah mengerjakan solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itugunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Thanks to : Aisyah Humaira'

Friday 13 September 2013

Siapa Sebenarnya Pencipta Telefon?


Assalamualaikum semua,

  Milford Sound in New Zealand
cantik tak telefon antik tu?

Dah seminggu rupanya saya tak update blog, kini tibalah masanya nak update.. Siapa pencipta telefon? Entahlah saya pun tak tahu, kalau nak tahu jom ikuti kisah di bawah..

Milford Sound in New Zealand

Ada sebuah kisah tentang penciptaan telefon yang kebanyakannya tidak ketahui. Pada suatu masa, seorang bernama Philipp Reis telah mencabar dakwaan bahawa Alexander Graham Bell sebagai pencipta telefon. Sebaliknya mendakwa, beliaulah orang pertama yang mencipta telefon kerana mampu menghantar not dan ton muzik melalui dawai. Milford Sound in New Zealand

Milford Sound in New Zealand Untuk mencari penyelesaian, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, hakim memutuskan Bell sebagai pencipta telefon kerana ciptaan Reis hanya mampu menghantar not dan ton muzik, bukannya suara.

Besar sangatkah ciptaan Reis dan Bell? Tidak! Perbezaan tersebut hanya terletak pada sebatang skru yang menukar ton menjadi suara. Sebenarnya Reis tidak gagal, sebaliknya beliau hanya berhenti mencuba. Kalau beliau bersabar sedikit sahaja lagi dan mencari jalan yang lebih baik supaya alat ciptaannya berfungsi, berkemungkinan besar nama beliau yang terukir dalam sejarah sebagai pencipta telefon. Milford Sound in New Zealand

Milford Sound in New Zealand Sebagai perbandingan, Bell lebih tabah dalam usaha beliau. Rakan-rakan pernah mencadangkan beliau dihantar ke rumah sakit jiwa semasa beliau dalam proses penciptaan telefon. Presiden Rutherford Hayes sendiri pernah mengatakan, tiada orang yang akan menggunakan ciptaan Bell. Tetapi dengan ketabahan Bell, terciptalah telefon yang memberi manfaat kepada ramai orang di seluruh dunia.

Milford Sound in New Zealand
Sumber : Majalah Gen-Q