Monday, 11 November 2013

Demi Masa


Assalamualaikum semua..


Seorang lelaki mengembara ke zaman silam. Hatinya ingin melihat kecerdasan ulama zaman dahulu. Tanpa mengendahkak orang sekeliling, lelaki itu terus berjalan menyusuri rak-rak buku di Bait al-Hikmah.

"Wow, dia menulis dengan kedua-dua belah tangannya!"
"Maaf tuan. Tuan ilmuwan sedang menyalin nota?"
"Bukan, saya sedang mengarang kitab."

Mengarang kitab dengan menggunakan kedua-dua belah tangan serentak? Ini hebat! Kemudian dia bertemu ilmuwan kedua yang sedang membelek-belek pantas helaian buku.

"Tuan cendekiawan, tuan membaca dengan pantas."
Jawab cendekiawan itu : "Saya sedang menghafal sebenarnya."
"Ini lagi hebat!"

Lelaki tersebut bertemu pula saintis Muslim yang masih muda. Disapa saintis muda itu : "Tuan, kenapa tuan saintis termenung?"
"Saya bukan termenung. Cuma sedang berfikir cara untuk mencipta mesin terbang."

Pengajaran 
Tamadun yang hebat dibentuk oleh individu-individu yang biasanya mempunyai persamaan bukan sahaja tidak membuang masa, bahkan menggunakan masa secara optimum.

Nota hati
Saya akan update blog pada masa yang akan datang. Teruskan membaca Blog Balqis! 
Selamat bercuti sekolah! Gunakan masa dengan perkara yang berfaedah ya!

Thanks to : Gen-Q

2 comments :

Budak Nerd said...

setuju dengan entry ni.. :D mereka yang hebat ialah mereka yang tidak pernah mensia siakan masa.. Demi masa, sesungguhnya mereka dalam kerugian.. :)

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

@Budak Nerd betul tu! :D