Tuesday 5 November 2013

Walaupun Sesaat Masaku


Assalamualaikum semua..


Lama saya tak update blog kan? Hmm.. maaflah, saya busy dengan peperiksaan akhir tahun. Hari ni saya nak kongsi satu cerita je. Enjoy reading while listening to the music :)


Ramai dalam kalangan salafussoleh sangat menjaga waktu yang mereka miliki. Antaranya seorang ulama yang dikenali sebagai Ibn Aqil. Beliau sangat terkenal dengan sikap berhati-hati dalam pengurusan masanya.
Beliau sendiri pernah menyebut : "Aku tidak boleh mensia-siakan umurku walaupun sesaat. Sekiranya mulut aku tidak boleh lagi berzikir dan berdiskusi, serta mataku tidak lagi boleh membaca,maka aku akan gunakan untuk berfikir."
Selagi mana masih lagi mampu untuk memenuhi masanya, beliau pasti akan mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Fakta yang lebih menarik lagi, beliau berusaha meringkaskan waktu makannya dengan juadah yang ringkas dan mudah hadam.

Baginya, masa antara suapan pertama dengan suapan kedua itu sangat berharga. Dengan masa sesingkat itu, beliau mampu memahami sesuatu ilmu dan mengoptimumkan masa belajarnya.

Katanya lagi : "Masa umpama harta karun yang boleh digunakan untuk menggapai sesuatu. Masalah dan beban kita berat sedangkan masa itu terlalu singkat."

Beliau merasakan masa yang ada dalam hidupnya belum mampu membuatkan dirinya menyelesaikan beban amanah yang dipikul.

Ibn Aqil berprinsip bahawa cara terbaik, untuk mengisi waktu dan mendekatkan diri kepada Allah ialah menuntut ilmu. Dengan ilmu, dapat mengeluarkan seseorang daripada kejahilan menuju cahaya syariat Allah dan mampu mencapai sebahagian kejayaan para ulama sebelumnya..


Good luck SPM Candidates! 
Selamat Menyambut Maal Hijrah, jadikan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Thanks to : Gen-Q

4 comments :

Jejari Menaip said...

gud sharing!!tq pesanan untuk diri :)

Unknown said...

@ikhwan yusuff you're welcome ^^

Farihah Shuhaimi said...

nice ! :D
thanks for the reminder ^^

Unknown said...

@Farihah Syahmina you're welcome ^^ Supaya ia menjadi peringatan utk kita semua..