Saturday 23 February 2013

Kita dan Warna


Assalamualaikum semua. Dah seminggu tak update. Maklumlah, sentiasa busy dengan kerja sekolah. Okeylah hari ni saya nak kongsi pasal kita dan warna. Dunia ni cantik dengan pelbagai warna. Tak delah warna hitam ngan putih macam cerita P. Ramlee.


Korang semua mesti ada warna kegemaran betul tak? Atau dikenali sebagai favourite colour. Tahu tak, warna ni ada kaitan dengan keperibadian kita? Nak tahu? Jom baca....

Pilih warna kegemaran korang



Jujur tau! Jangan tukar favoutite colour korang. Okey dah fikir dah? Scroll ke bawah dan tengok hasilnya.

Keputusan :


Merah : 
 Bersemangat dan bertenaga
 Seorang yang optimis
 Tak berasa kecewa apabila mengalami kegagalan
 Akan bermusuhan dengan orang yang menghalang kebahagiaan korang
 Mencari ikhtiar untuk settlekan masalah

Hitam :
 Realistik
 Setiap perkara yang dilakukan ada perancangan
 Takkan melakukan perkara yang berisiko
 Merancang masa depan dan berusaha menuju masa depan
 Anggun dan bercita cita tinggi

Kuning :
 Kreativiti tinggi
 Mengambil berat tentang perkara disekeliling
 Berminat dalam aktiviti sukan
 Berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas
 Hati kesunyian walaupun pandai bersosial

Pink :
 Berharap dapat memberi imej yang anggun pada pandangan orang lain
 Merupakan lelaki kacak dan perempuan cantik
 Suka larikan diri daripada kenyataan
 Tak tahu luahkan isi hati pada orang lain
 Tak mudah terima pendapat orang lain

Hijau :
 Suka akan keamanan
 Takut untuk tinggal berseoragan
 Pandai berkomunikasi 
 Seorang yang permaha pada anggapan orang lain
 Bercita cita tinggi dan berhasrat untuk mencapai impian

Biru : *sayalah tu!
 Orang yang sangat rasional
 Tak kelam kabut apabila berhadapan dengan masalah
 Dapat atasi masalah dengan baik
 Tak pandai bergaul dengan baik
 Sangat dihormati disebabkan kepercayaan dan keyakinan diri

Purple : 
 Merupakan orang seni
 Berfikiran negatif
 Orang lain menganggap korang berkaliber
 Sering menggunakan perasaaan hingga menimbulkan banyak salah faham
 Sering mengulangi kesalahan walaupun telah ditegur oleh orang lain

Coklat :
 Orang yang sangat berhati - hati
 Selalu buat penlaian terhadap diri sendiri
 Risau unsur luar akan mengubah diri anda
 Orang lain menganggap anda seorang yang sombong
 Berhati hati dalam perhubungan sesama manusia..


Okey, dah siap! Tapi jangan percaya bulat-bulat pernyataan kat atas ni. Ni untuk suka-suka je. Ada yang sama dan ada yang tak. Jadi, apa warna kesukaan korang? Sama ke macam kat atas tu? Jom kongsi ngan saya. 

Thanks to : Puteri Afiqah



No comments :