Friday 15 February 2013

Jangan! Jangan! Jangan!


Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog. Asyik-asyik ayat yang sama saya tulis untuk pembukaan kan? Bosan ke? Sorrylah, saya bukannya seorang yang pandai tulis ayat yang best2. Alamak, dah terpesong daripada tajuk lah pulak. Okeylah hari ni saya nak kongsi pasal tajuk kita pada hari ni iaitu jangan! jangan! jangan! Macam menakutkan je tajuk ni.

Jangan takut. Saya nak kongsi pasal perkara yang jangan dilakukan sebab ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada kita. Nak tahu tak? Jom baca......



*gambar hiasan semata-mata

24 Perkara Jangan
  •  Jangan sengaja lewatkan solat. Perkara ini tidak disukai oleh Allah.
  •  Jangan masuk ke dalam bilik air tanpa memakai selipar. Dikhuatiri akan terbawa keluar najis.
  •  Jangan makan dan minum di dalam bekas yang sumbing, makruh dan ianya membahayakan.
  •  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan ia mewarisi kepapaan.
  •  Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal.
  •  Jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
  •  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan, takut nant anda mati dalam perjalanan.
  •  Jangan pakai kasut yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  •  Jangan biar mata liar di dalam perjalanan. nanti hati gelap diselubungi dosa.
  •  Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
  •  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana ajal boleh tiba bila- bila masa.
  •  Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita yang bersalah.
  •  Jangan mengumpat sesama taulan kerana ia boleh merosakkan silaturrahim.
  •  Jangan lupa hanya bergantung harap kepada Allah dalam setiap kerja.nanti dikhuatiri sombong bila berjaya dan kecewa jika gagal.
  •  Jangan bakhil untuk bersedekah kerana ia memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.
  •  Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
  •  Jangan berbohong kerana ia ciri orang munafik dan menghilangkan kasih sayang orang terhadap kita.
  •  Jangan menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhlukyang teraniaya cepat dimakbulkan.
  •  Jangan terlalu susah hati dengan kehidupan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah dunia untuk akhirat.
  •  Jangan duduk terlalu lama di dalam bilik air kerana itulah tempat jin kafir dan syaitan.
  •  Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  •  Jangan lupa membaca bismillah dan salamketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri syaitan dan jin akan masuk bersama.
  •  Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama seseorang jika kita memakainya.. dikhuatiri kita bergantung pada tangkal dan tidak kepadanya.
  •  Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan kerana semuanya untuk kebaikan, Allah lebih mengetahui segalanya. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.

Thanks to : Puteri Afiqah

Selamat Beramal!

No comments :