Tuesday 12 February 2013

Adab Bersembang


Assalamaualaikum semua. Lama tak update blog. Setelah berhari-hari memikirkan apa yang nak di-updatekan, akhirnya dapat juga idea. Alhamdulillah.. Okeylah hari ni saya nak kongsi tentang adab bersembang. Nak tahu adab-adabnya? Jom baca...

*gambar hiasan semata-mata


1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.

2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."         (Hadis Riwayat Muslim)

3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.

alt

Biodata Penulis :
Abdul Wahab Md Ali merupakan seorang editor syariah Majalah QA dan salah seorang kolumnis Majalah Anis.

sumber : sini


Selamat Beramal!