Wednesday 28 November 2012

7 Cara Memujuk Rakan Emo


Assalamualaikum semua.  Hari ni saya nak cerita sikit pasal emo.  Semua orang tahu tak apa itu emo?  Emo tu maknanya cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaaan. Selalunya perlakuan yang ditunjukkan oleh orang emo ialah perkara yang negatif.  Pembaca semua ada tak kawan yang emosional?  Kebanyakannya ada betul tak?  Saya pun ada jugak kawan yang macam tu tapi tak naklah sebut nama dia.  Takut dia marah pulak.  Okeylah, tanpa membuang masa jom kita baca macam mana nak pujuk kawan yang emo.  Insya-Allah dengan cara ni kita dapat memujuknya.

Caranya-caranya ialah :

1. MENGAMBIL WUDUK.

Ajak kawan kita ambil wuduk sama-sama. Sambil memujuk kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh   menyejukkan hati yang lara. Dengan syarat kita ikhlas.

2.  MENULIS SESUATU YANG POSITIF.
Berikan beberapa helai kertas dan pen /pensel kepadanya. Kemudian katakan kepadanya supaya tulis apa yang dicita-citakan di atas kertas tersebut. Sambil itu, kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif boleh merangsang fikiran yang lebih baik.

3. MEMUJINYA DENGAN SEADANYA.
Kita duduk di depannya sambil memerhatikan wajahnya. Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik. Alangkah baiknya kalau kebijaksanaaan dan kecantikan itu kita luahkan syukur kepada Allah. Dengan itu, dengan izin Allah, Allah akan cantikkan hati kita dengan ketenangan dalam semua hal.

4. TUNJUKKAN KASIH SAYANG.
Tanyakan kepadnya kalau-kalau dia hendakkan sesuatu macam : nak makan apa, nak minum apa, nak baca apa, nak menonton apa,...apa-apa asalkan perbuatan tu tak melanggar hukum syariat. Kalau boleh, lakukannya bersama-sama.

5.  BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPINGNYA.
Jangan biarkan kawan kita duduk berseorangan / melakukan apa-apa seorang diri. Kita mesti turut serta. Sebaik-baiknya, biarlah kita berbual-bual dengannya tentang suatu yang menggembirakan, tapi jangan layan cerita emosinya. Kita bawa perbualan yang menyenangkan.

6.  MEMINTA MAAF.
Ringankan lidah kita untuk minta maaf andainya kita yang menyebabkan kawan kita jadi macam tu. Mengaku kesalahan / kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya. Kita katakan kepadanya kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

7. PERLIHATKAN KEPADANYA BETAPA INDAHNYA ISLAM.
Kalau kawan kita memang degil, kita cari orang yang rapat dengannya untuk memujuknya. Tapi kena ingat, orang yang rapat tu mempunyai pegangan agama yang baik. Kalau sebaliknya, ajaklah guru kaunseling / ustaz / ustazah berjumpa dengan kawan kita tadi.

 Semoga cara tadi dapat memujuk kawan kita. Selamat beramal !


 

SUMBER : GEN-Q