Thursday 15 November 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah


Assalamualaikum. Selamat menyambut tahun baru. Cepat betul masa berlalu. Hari ni saya nak cerita pasal hijrah. Hijrah maksudnya perpindahan. Bukan bermaksud kita kena pindah rumah setiap tahun. Hehehe. Saje nak buat lawak supaya pembaca tak bosan membaca. Ok, kembali ke topik tadi. Sempena tahun baru ni marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah sebab masih diberi nikmat untuk menghirup oksigen pada hari ini di tahun ini. Marilah kita berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun lepas. Contohnya, berhijrah daripada seorang yang malas beribadah kepada seorang yang rajin beribadah. Saya rasa cukuplah setakat ini sahaja. Saya berharap pembaca semua termasuklah diri saya sendiri, menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun lepas. Jangan jadi lebih teruk tau. Selamat beramal !