Assalamualaikum semua..
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak update blog dan berkongsi macam mana nak kuatkan ingatan. Ini pun sebagai nota kepada saya juga, sebab kadang-kadang saya ni pelupa juga, haha..
- Jauhi dosa : Dosa bagi kesan kepada memori dan kemampuan akal untuk simpan maklumat. Dosa ibarat kegelapan. Dosa susah untuk wujud dengan cahaya ilmu.
Imam al-Syafi'i berkata : "Aku telah mengadu kepada guruku mengenai ingatanku yang agak lemah." Beliau berkata : "Ilmu itu daripada Allah dan umpama cahaya. Ia tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan dosa."
- Sentiasa menyebut nama Allah dan berzikir :
Allah berfirman, maksudnya : "Ingatilah serta sebutkan akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : 'Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini." (Surah al-Kahfi 18:24)
- Amalkan pemakanan secara sederhana :
Makan dengan banyak akan membuatkan kita mengantuk dan malas.
Makanan yang boleh kuatkan daya ingatan
- Imam al-Zuhry berkata : "Kalian sepatutnya selalu mengambil madu kerana ia sangat baik untuk daya ingatan." Katanya lagi : "Sesiapa yang ingin menghafaz hadis, hendaklah ia makan kismis."
- Elakkan / Kurangkan makan makanan yang masam.
- Elakkan makanan ringan, air birkarbonat, rokok dan makanan yang mengandungi Monosodium Glutamat (MSG)
Kesimpulan
Pepatah Arab ada mengatakan :
"Akal yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat."
Jadi, amalkan gaya hidup sihat dan bersenamlah selalu! :)
Thanks to : Gen Q
5 comments :
waaaa ! -.- acanno ni , hobi mengunyaj n mkn masam2 , patut la susah nk ingt
@♥ Mc Waniye ♥ Hehe, kurangkan makan yg masam2 ya! :D
terima kasih untuk maklumat awk.. InSyaAllah saya akan bg nom topup tu di fanpage awk ya! Tahniah!
-First Giveaway by Izani-
@Nur Izzati terima kasih! :D
Post a Comment