Saturday 27 April 2013

Menuntut Ilmu?


Assalamualaikum semua. Lama juga saya tak update blog ni. Maklumlah, saya kan orang yang busy.*busy lah sangat* Baca tajuk di atas tu, agak-agak tahu tak apa yang saya nak sentuh pada hari ni? Tahu ke tak? Tak?

Jawapannya ialah adab menuntut ilmu. Tuntut ilmu pun kena ada adab? Mestilah..supaya ilmu yang kita belajar berkat. Bila berkat, baru boleh jadi pandai, betul tak? Tanpa membuang masa, jom kita baca!

  • Niat belajar kerana Allah, bukan kerana lulus periksa sahaja tau!
  • Elakkan sikap yang tak baik macam dengki, cemburu, bangga diri dan pandang rendah pada orang lain. 
  • Rendah diri, hormat dan ikut nasihat cikgu.
  • Tak kedekut kongsi ilmu. Kalau kawan atau adik-beradik ada masalah dengan mana-mana pelajaran, tolonglah dia..jangan kita pandai seorang je.
  • Bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan.
  • Sopan santun dengan cikgu.
  • Mematuhi peraturan di tempat belajar..jangan langgar peraturan tau!


Milford Sound in New Zealand Nota hati
Catatan ini ringkas tetapi berguna. Insya-Allah ^_^

Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Nabi Muhammad berkata, bukan kemuliaan itu dengan pakaian yang cantik, tetapi ia adalah dengan ketenangan iaitu sopan santun dan merendah diri.  (Direkodkan oleh Ad-Dalaimi)

Sumber : Novel "Catatan Aktiviti Aisyah"


4 comments :

Asma Najwa said...

balqis,,nak link background yg awk guna nie bole?? bagi cepad sikid xD nak guna :(

Asma Najwa said...

balqis!! follow blog baru kita.nie link - http://wawa-pandasiblings.blogspot.com/

Anisa Anuar said...

suka entry ni...simple and berinformasi... =)

Unknown said...

@Anisa Anuar
terima kasih..teruskanlah membaca entry saya yang lepas dan yang akan datang..