Saturday, 6 April 2013

Zikir yang Lebih Dicintai Nabi daripada Dunia


Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Aku disuruh untuk mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah serta Allahuakbar, lebih baik bagiku daripada segala apa yang disinari matahari. " (Riwayat Muslim)
Dah renung-renungkan hadis di atas? Haa..itulah tajuk kita pada hari ini, iaitu zikir yang lebih dicintai Nabi daripada dunia. Mesti pembaca tak sabar nak tahu apa yang hebat tentang zikir yang disebutkan dalam hadis di atas, betul tak? Nak tahu lebih lanjut, jom baca!

Milford Sound in New Zealand SUBHANALLAH : Penyucian kepada Allah daripada segala sesuatu yang mustahil bagi-Nya. Juga pembebasan daripada segala kekurangan yang hanya ada pada makhluk.

Milford Sound in New Zealand ALHAMDULILLAH : Pujian secara sempurna dan Allah memiliki hak pujian daripada pelbagai bentuk, bersesuaian dengan sifat Asmaul Husna yang dimiliki-Nya.

Milford Sound in New Zealand LAILAHAILLALLAH : Tiada yang layak disembah selain Allah. Manusia merealisasikan penghambaan hanya kepada Allah.

Milford Sound in New Zealand ALLAHUAKBAR : Allah memiliki sifat Yang Maha Besar daripada segala sesuatu.


Sumber : Majalah Gen-Q

Milford Sound in New Zealand

1 comment :

misz coklat said...

ballqis,,cam mana nak letak gambar2 comel tuh kat dalam entry? :)