Monday, 25 March 2013

Santun Itu Seni


Milford Sound in New ZealandAssalamualaikum semua. Lama saya tak update blog. Maklumlah, cuti sekolah tak macam cuti sebab banyak sangat kerja. Tapi tak mengapalah, cikgu bagi kerja bukan suka-suka tapi nak bagi kita pandai, betul tak? Okeylah, hari ni saya nak berkongsi tentang tip menegur. Bukan menegur sapa, tapi menegur jika seseorang melakukan kesalahan.

Kita harus belajar berbicara dengan lembut dan penuh seni. Dengan metode berhikmah, kita mampu membuatkan orang lain hormat dan bertambah sayang pada Islam. Antara perkara wajar kita gunakan dalam menegur ialah :

1. Perkataan Yang Lembut :
Allah berfirman yang bermaksud : "Kamu berdua (Musa dan Harun a.s.) katakan kepadanya (Firaun) dengan perkataan yang lembut agar dia ingat kepada-Ku (Allah) atau dia berasa gerun." (Surah Taha 20: 44)

2. Raikan Pandangan :
Apabila berbicara dengan sesiapa pun, elak daripada menafikan pandangannya sebaliknya raikan serta tambah pandangan yang lebih bagus.
Contohnya :

Milford Sound in New Zealand "Tidak, bukan begitu.....sebenarnya begini."
                                                                                                                                                                                   
Milford Sound in New Zealand "Ya, saya bersetuju namun saya ingin menambah sedikit begini dan begini."


Dari situ, akan wujud kesamaan dan penambahbaikan. Secara tidak langsung, orang yang ditegur mudah untuk mempertimbangkan butir bicara kita.

Milford Sound in New Zealand Sumber : Majalah Gen-Q

4 comments :

Little Story said...

BalQis , tahu x seni camne nk buat ???
Bleh x tolong explain tntang tuh ckit .??
Lupe lar xD !!

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

Tasnim, mana yang tak faham? Okey, kita explain dari mula.

1. Muka depan : nama sekolah, logo sekolah,tajuk : Folio pendidikan seni visual tingkatan 2, nama penuh, kelas, no.IC, nama guru : Pn. S. Prema Subramaniam

2. isi kandungan : bilangan, perkara, muka surat

3. penghargaan

4. pengenalan : apa itu lukisan? (cari kat internet)

5. rujukan : (muka surat terakhir)
website mana & tarikh, nama akhbar&tarikh, majalah apa (bulan pa,tahun apa)

6. 2 muka surat utk label

7. pilih 3 label drpd muka surat pertama, (kajian muka taip(tulisan), gambar dan latar belakang).

8. tahukan apa nak buat ngan label?

9. label yg drpd muka surat 1 buat lukisan ilustrasi kiranya cam buat label sendirilah (teruskan ngan label muka surat 2)

10. Drpd 2 lukisan ilustrasi tadi, pilih yang terbaik & lukis balik.

11. Hasilan terakhir tu drpd label terbaik, contohnya awak nak buat origami ke ape ke, asalkan ade kaitan ngan senilah.

*kalau tak faham bagitau.

Little Story said...

Thanks , BalQis :) .
Sorry sangaat sbb menyusahkan awak .
Erm , awak dah siap ker ?

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

Belum...