Saturday, 16 March 2013

Renungan : Tanda-tanda Hati Kotor


Milford Sound in New Zealand

Kali ini kita bercakap soal HATI. Apa itu HATI?.
HATI adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. HATI adalah ketua segala tubuh badan. Jadi HATI ini adalah amat penting sekali pada diri setiap manusia, HATI yang bersih boleh merasakanKETENANGAN walaupun ditimpa musibah dan ujian dari Allah S.W.T...Pandangan HATI adalah paling HAKIKI jika HATI itu bersih..HATI yang kotor akan menyebabkan kita mudah lalai dan leka dengan hasutan SYAITAN. SYAITAN mudah meyelinap masuk ke dalam HATI dan bila HATI terlalu KOTOR, payah untuk kita membersihkan HATI kecuali dengan BERISTIQAMAH danMUJAHADAH..Insya'Allah....

Apa tanda2 hati kotor?
  • Gelisah walaupun tiada masalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya
  • Lidah yang tajam atau laser
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua2 ibu bapa
  • Talam dua muka (manis di depan tapi jahat dibelakang)
  • Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Selalu mencari kesalahan orang lain
  • Cinta kepada duniawi.

Astagfirullah al'azim..banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini. Ya Allah, jauhkanlah hati aku daripada sikap2 begini.

Credit To :
Milford Sound in New Zealand http://marorozalez86.blogspot.com

2 comments :

Puteri Afiqah said...

nice sharing :)
semoga kita tak tergolong dalam golongan orang yang brhati kotor ni ^^

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang berhati bersih. Insya-Allah.