Saturday 31 August 2013

Kisah Singa


Assalamualaikum semua..


Milford Sound in New Zealand

Lama saya tak update blog.. Selamat hari kemerdekaan yang ke-56! Ada tak yang pergi ke Dataran Merdeka tengok perarakan? Share lah sikit dengan saya.. heheh.. Hari ni saya nak kongsi satu kisah..

Milford Sound in New Zealand

Al kisah maka tersebutlah kisah seekor anak singa yang terpisah dari kumpulan singa2 yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalan lah sehingga ia sampai ke pinggir hutan. Di sana terdapat sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekumpulan kambing.

Ketua kambing telah mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing. Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama berlalu anak singa telah meningkat remaja. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pula macam kambing.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing2 lain. Nak melawan tak ada la daya upaya kerana fikirnya macam mana nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka. Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari. Dipendekkan cerita selepas sesi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. 
T A M A T.


Milford Sound in New Zealand

Moral cerita :
Kambing = orang kafir
Tanduk kambing = harta, takhta, senjata
Singa = orang Islam
Kuku, taring dan ngauman singa = kekuatan dalam kerja dakwah


No comments :