Sunday 25 August 2013

Kisah Pensel dan Pemadam


Assalamualaikum semua...

Milford Sound in New Zealand

Pengorbanan dan kesetiaan mungkin boleh diibaratkan seperti kisah pensel dan pemadam ini.

Milford Sound in New Zealand

Pensel : Maafkan aku pemadam…

Pemadam : Maaf untuk apa Pensel?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…

Pensel : Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil…

Pemadam : Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun aku tidak kisah. Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru, namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih. Aku berharap kau akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini..

Milford Sound in New Zealand
Pensel diibaratkan seperti kita yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibu bapa yang sentiasa ada untuk kita. Kesilapan adalah sebuah langkah untuk kita melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat setiap kali kita melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa.
Milford Sound in New Zealand

No comments :