Monday 1 July 2013

Saya Sembuh!


Assalamualaikum semua..

Milford Sound in New Zealand
Eat healthy, be healthy..

Hai! Lama kita tidak berjumpa. Berjumpa? Memang kita tak pernah berjumpa pun sebab semua ni hanya di alam maya, betul tak? Dah baca tajuk di atas? Sebenarnya, tajuk ni berkaitan dengan kisah yang saya nak kongsi dengan semua pembaca. Nak tahu tak ceritanya? Scroll down and enjoy reading!


Milford Sound in New Zealand


Seorang pesakit yang mengalami demam panas berjumpa dengan seorang doktor untuk mendapatkan rawatan. Setelah diperiksa, doktor membekalkan ubat kepada pesakit tersebut. Pesan doktor tersebut : "Setelah tiga hari, awak datang semula berjumpa saya."

Oleh sebab ingin segera sembuh, pesakit itu memakan ubat tersebut mengikut masa makan yang ditetapkan dan dia yakin demamnya akan sembuh. Pada hari yang ditetapkan, pesakit itu datang semula untuk bertemu doktor tersebut.

Pesakit : Saya sembuh dalam masa sehari sahaja. Apa ramuan ubat doktor? Mujarab betul.

Doktor : Sejujurnya saya hanya berikan gula-gula biasa. Yang memberikan kesembuhan ialah Allah dengan keyakinan yang ada pada diri awak sendiri. Awak bukan hanya sembuh, malah sembuh dalam masa yang singkat.


Milford Sound in New Zealand


Apa pengajaran yang boleh kita dapat daripada kisah di atas? Pandai! Pengajarannya ialah :
Ketika sedang diuji dengan apa-apa jua kesusahan dalam kehidupan, banyakkan menyebut, berharap dan melakukan perkara yang baik-baik.
Ini sebenarnya dah diajar dalam Islam apabila kita dituntut berbaik sangka dengan Allah dan banyak berdoa kepada-Nya. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Thanks to : Milford Sound in New Zealand