Saturday 13 July 2013

Remaja Teladan


Assalamualaikum semua.

Milford Sound in New Zealand

Lama rasanya tak meng-update blog ni.. Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke-4 kita di bulan Ramadan. Macam mana semua, puasa tak? Mestilah puasa sebab puasa kan wajib. Hari ni nak kongsi sikit tentang remaja teladan.. 

Milford Sound in New Zealand

Remaja Teladan


Rasulullah S.A.W.
  • Memulakan perjalanan berdagang ke Syam megikut ayah saudaranya buat kali pertama seawal usia 12 tahun.
  • Tidak pernah menghabiskan masa mudanya mencari hiburan yang melalaikan. Kerap menghabiskan masa bertafakkur dengan melihat kebesaran Allah di sebalik ciptaan-Nya.

Sayidina Ali
  • Kanak-kanak paling awal peluk Islam.
  • Remaja yang berani sehingga sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w. pada malam Baginda berangkat ke Madinah.

Ashabul Kahfi

Merupakan 7 remaja yang larikan diri bersama seekor anjing menuju ke sebuah gua. Tujuannya bukan untuk menyelamatkan nyawa daripada menjadi mangsa kezaliman raja tetapi untuk menyelamatkan iman dan akidah. Allah menjadikan pemuda-pemuda tersebut tidur selama 309 tahun qamariah.


Imam al-Syafi'e
  • Umur 9 tahun : Menghafaz 30 juzuk al-Quran
  • Umur12 tahun : Mampu tafsir al-Quran dan menghafaz kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik.
  • Umur 14 tahun : Sudah mengajar para ulama.

Muhammad Al-Fatih

Disebut oleh Rasulullah s.a.w. secara umum dalam hadis bermaksud :
"Constantinople akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik." (Riwayat Ahmad)
  • Menaiki takhta semasa berumur 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun.
  • Pernah jadi pemangku khalifah semasa berumur 12 tahun dan bijak menangani tipu muslihat musuh.
  • Tidak pernah meninggalkan solat tahajjud semenjak baligh.
  • Berjaya menawan Constantinople yang sekian lama di bawah kekuasaaan Kristian. Constantinople kekal isebagai Istanbul di bawah pemerintahan Turki.

Milford Sound in New Zealand

Kesimpulannya, kita mestilah berusaha untuk menncontohi mereka. Semoga kita akan menjadi di kalangan orang yang soleh dan solehah.. Itu sahaja untuk hari ni. Jumpa lagi di lain hari. Selamat berpuasa dan selamat berterawih!

Thanks to : Milford Sound in New Zealand

No comments :