Sunday 16 June 2013

Menyelamatkan Budak Lemas


Assalamualaikum semua..

  Milford Sound in New Zealand

Hari ni saya nak kongsi sebuah cerita yang menarik. *menarik ke?* Dah baca kan tajuk di atas? Kalau nak tahu, saya ada selamatkan budak lemas semalam. Cewahh, mana ada. Saya berenang pun tak reti, apa lagi nak selamatkan orang, memang tenggelam habis lah.. Hehehe.. jangan marah tau, saya saja nak buat cerita gempak. Saya sebenarnya cuma nak kongsi cerita yang saya baca je.. 

Milford Sound in New Zealand

Kisahnya berbunyi begini :

Pada suatu ketika, sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak lelaki membuat perjalanan ke Scotland bagi menghabiskan cuti musim panas. Satu hari, budak lelaki itu merayau sendirian dan akhirnya menemukan sebuah kolam renang yang telah ditinggalkan. Tanpa menunggu lama, budak lelaki tersebut menanggalkan pakaian lalu terjun ke dalam kolam tersebut.

Tidak lama selepas terjun, dia telah diserang kekejangan otot yang teruk. Budak lelaki tersebut menjerit-jerit meminta tolong dan pada waktu yang sama berjuang bermati-matian untuk mengatasi kekejangan yang dialami untuk terus terapung. Dia bernasib baik kerana seorang anak petani yang bekerja di ladang berdekatan mendengar jeritan tersebut.

Tanpa berlengah lagi, anak petani tersebut terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan budak lelaki yang hampir lemas itu.

Keesokan harinya, dengan perasaan terhutang budi, bapa budak lelaki yang diselamatkan pergi berjumpa anak petani untuk mengucapkan terima kasih. Si bapa bertanya kepada anak petani tentang cita-cita beliau.

Anak petani menjawab dengan perasaan sugul : "Saya sentiasa ingin menjadi seorang doktor. Tetapi kami orang miskin dan tidak mampu untuk membiayai pengajian tersebut."

"Tak mengapa. Teruskan usaha kamu dan saya akan tanggung kosnya", balas bapa budak tersebut.

Milford Sound in New Zealand

Apakah pengajaran yang kita dapat daripada alkisah di atas? Pengajarannya ialah :
Yakinlah dengan memberi, kita akan menerima sesuatu yang lebih baik daripada pemberian kita. Tetapi perlu tetapkan di hati, memberi bukan kerana mahukan balasan, tetapi kerana Allah..
Macam anak petani tadi tu lah, dia cuma menyelamatkan budak itu, tetapi dia mendapat balasan yang baik iaitu, dia dapat sambung pelajarannya.. Semoga kita dapat info extra daripada kisah di atas.. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.. Bye, jumpa lagi!

Thanks to : Milford Sound in New Zealand

No comments :