Monday 24 June 2013

Cerita Si Aiskrim


Assalamualaikum semua.

Milford Sound in New Zealand
Sedapnya!!

Lama betul saya tak update kan? Maklumlah, semalam baru balik kem, memang penatlah.. Haa.. nampak tak gambar di atas? Sedapnya kalau dapat makan aiskrim tuh.. Sebenarnya entri ada kaitan dengan aiskrim. Jom ikuti kisah di bawah..

Milford Sound in New Zealand

Aiskrim : Manisnya Fitrah

Jom kita berkenalan. Apa yang sejuk, manis dan berwarna-warni? Betul! Itu padanan ciri yang cukup menggiurkan mereka yang keletihan dan dahaga.

Bayangkan tekak sedang kering dalam cuaca panas terik, kemudian disuakan aiskrim. Subhanallah, suapan pertama ke mulut itu memang paling nikmat dan sudah pasti nikmat memakan aiskrim hanya dapat dirasai ketika ia masih dalam keadaan beku.

Milford Sound in New Zealand

Fitrah Mengangkat Darjat

Aku disimpan di ruang sejuk beku bawah suhu negatif darjah Celcius bagi mengekalkan keadaan fizikalku. Ya, aku harus akur dengan disiplin itu. Apatah lagi ni bukanlah untuk kepentingan orang lain, sebaliknya atas keperluanku sendiri.

Bagi manusia, fitrah untuk tunduk dan patuh kepada Allah perlu diakui dan dituruti. Sama ada manusia derhaka ataupun taat, Allah tetap berada pada kedudukan yang paling mulia.

Menyembah Allah bukanlah syarat untuk meninggikan-Nya, sebaliknya manusia menjadi hina jika mengetepikan-Nya. Sifir mudahnya semakin dia membesarkan Allah, semakin dia dipandang mulia dalam kalangan makhluk yang lain.

Hayati pesan Rasulullah s.a.w. kepada Ibn Abbas ketika beliau masih kecil maksudnya : "Jagalah hak Allah, maka Allah akan menjaga kamu". (Riwayat al-Tarmizi)

Hakikatnya, perasaan untuk menghambakan diri kepada Allah ada pada diri manusia. Lihatlah fitrah seorang anak untuk menghormati insan yang bersusah payah melahirkannya. Perasaan itu naluri bagi setiap manusia.

Jika seseorang yang dilahirkan ada naluri sebegitu, inikan pula fitrah seorang manusia untuk mentaati Penciptanya. Rasai dan akuilah kekerdilan diri. Jangan ego!

Milford Sound in New Zealand 

Anugerah

Aku tampil menarik dengan pelbagai warna dan perasa. Bahkan, turut ditambah dengan aksesori seperti kacang dan buah-buahan bagi menambah selera. Itu belum diambil kira pembungkusan yang menarik perhatian. Pengeluar - pengeluar aiskrim bersaing secara aktif untuk menunjukkan produk mereka yang terbaik.

Tarikan pada yang indah itu fitrah. Tetapi kecantikan yang biasa digembar - gemburkan di media bukanlah bertepatan dengan kecantikan yang dikehendaki agama.

Pesanku kepada manusia, hiaslah dirimu dengan takwa, potensi dan bakat semula jadi kurniaan Ilahi. Itulah anugerah sebagai tarikan pada diri.

Jangan rendah diri dengan kekurangan, ambillah lajak sebelum melonjak lebih tinggi. Kekurangan ialah permulaan untuk menuju kejayaan. Asahlah dengan ilmu tanpa mengenal putus asa. Dengan minat dan semangat yang kuat, Insya-Allah ia akan menjadi satu kelebihan luar biasa dalam dirimu.

Sebelum umur lanjut, nikmati dan hargailah kehidupan dengan bijak seperti seorang manusia yang dahaga sedang menikmati aiskrim, nikmatilah sebelum ia cair!

Milford Sound in New Zealand

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menaip entri yang panjang ni.. Maklumlah entri ni akan kekal sepanjang minggu yang jerebu ni. Minggu depan saya update supaya pembaca dapat habiskan membaca entri saya ni.. Terima kasih, jumpa lagi di lain hari..Insya-Allah..

Milford Sound in New Zealand
Nikmatilah sebelum ia cair!
Thanks to : Milford Sound in New Zealand