Saturday, 18 May 2013

Jom Jadi Kaya!


Assalamualaikum semua. Sudah seminggu blog ni ditinggalkan, kini tiba masanya untuk update! Haha..hari ni saya nak kongsi dengan pembaca semua macam mana nak jadi kaya. Bukan kaya duit tapi kaya ilmu. Ada ke yang terkena dengan 'lawak' saya di atas? Hehe..minta maaflah..Tanpa membuang masa, jom baca macam mana nak kaya ilmu!

Soalan Kayakan Ilmu
  • Bawa buku kecil untuk mencatat soalan.
  • Jangan malu untuk tanya soalan remeh. Soalan sebegitu boleh membangkitkan minat positif terhadap pembelajaran. Biarlah kita dianggap kurang bijak sekalipun. Orang yang cakap kita kurang bijak tu, sebenarnya dia yang begitu.
  • Dapatkan pandangan kedua setiap kali memiliki sebarang persoalan. Pandangan kedua menjadikan pemikiran kita lebih terbuka dalam memahami sesuatu isu.
  • Fokus soalan adalah untuk mengetahui lebih lanjut, bukannya menguji guru.
  • Jika soalan tidak mendapat jawapan, jangan berhenti bertanya. Ajukan kepada guru lain kerana ilmu itu luas.


Milford Sound in New Zealand Hadis Of The Week
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang melambat-lambatkan amalannya, keturunannya tidak akan bersegera untuknya." (Riwayat Muslim)

Sumber : Majalah Gen-Q
Milford Sound in New Zealand 

4 comments :

misz coklat said...

nak request tuto boleh? xD

misz coklat said...

tutorial letak navigation bar yg mcm blog nie - http://syafienacute.blogspot.com/
*hope awk boleh tolong :)

Puteri Afiqah said...

jom jadi kaya ! hee :D

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

@Puteri Afiqah jom!