Assalamualaikum semua. Lama juga saya tak update blog ni. Maklumlah, saya kan orang yang busy.*busy lah sangat* Baca tajuk di atas tu, agak-agak tahu tak apa yang saya nak sentuh pada hari ni? Tahu ke tak? Tak?
Jawapannya ialah adab menuntut ilmu. Tuntut ilmu pun kena ada adab? Mestilah..supaya ilmu yang kita belajar berkat. Bila berkat, baru boleh jadi pandai, betul tak? Tanpa membuang masa, jom kita baca!
- Niat belajar kerana Allah, bukan kerana lulus periksa sahaja tau!
- Elakkan sikap yang tak baik macam dengki, cemburu, bangga diri dan pandang rendah pada orang lain.
- Rendah diri, hormat dan ikut nasihat cikgu.
- Tak kedekut kongsi ilmu. Kalau kawan atau adik-beradik ada masalah dengan mana-mana pelajaran, tolonglah dia..jangan kita pandai seorang je.
- Bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan.
- Sopan santun dengan cikgu.
- Mematuhi peraturan di tempat belajar..jangan langgar peraturan tau!
Nota hati
Catatan ini ringkas tetapi berguna. Insya-Allah ^_^
Hadis Of The WeekNabi Muhammad berkata, bukan kemuliaan itu dengan pakaian yang cantik, tetapi ia adalah dengan ketenangan iaitu sopan santun dan merendah diri. (Direkodkan oleh Ad-Dalaimi)
Sumber : Novel "Catatan Aktiviti Aisyah"








Mencuci tangan.
Membaca bismillah dan doa makan.
Digalakkan makan buah-buahan terlebih dahulu.
Mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu
Minum air sebelum atau selepas makan
Berhenti makan apabila terasa kenyang.
Makan secara berjemaaah
Membaca doa selepas makan
Sediakan satu tempat khas yang tinggi untuk letak Al-Quran.
Sediakan sebuah kotak khas yang menempatkan buku kecil macam al-Mathurat atau al-Manzil, tasbih, kopiah dan sebagainya. Ini untuk memudahkan mencari dan mencapai kesemua item tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Untuk remaja perempuan, gantung telekung dengan kemas.
Sediakan satu senarai semak harian, mingguan, dan bulanan berkenaan aktiviti ibadah yang nak dilakukan. Tandakan
bagi aktiviti yang berjaya dilakukan.
Di sudut ibadah juga, tampalkan kata-kata hukama yang boleh memotivasikan diri ke arah keseronokan beribadah.

Okey, tanpa buang masa, jom belajar!



Biasakan diri bawa pen dan buku nota kecil kemana-mana. Ini kebiasaan ulama dan cendekiawan sejak dahulu lagi. Tujuannya agar ilmu/idea yang datang dapat ditulis dengan cepat dan mudah.
Tulis setiap idea yang terlintas di minda tanpa menunda. Idea yang baik kadangkala hanya datang sekali. kalau tak segera tulis, ia akan pergi dan tak akan datang kembali.
Usahakan agar tulisan dalam buku jelas dan mudah dibaca. Jangan kecil sangat atau rapat sangat sebab kita akan susah nak baca nanti.
Biasakan menulis diari kegiatan sehari-hari. Tulis cita-cita kita dan target yang nak diraih sepanjang hidup sekali gus rancang cara untuk raih cita-cita tersebut. Kebiasaan ini akan mengasah kemampuan untuk menuangkan idea menerusi tulisan yang sangat berguna dalam akademik kita nanti.