Assalamualaikum semua,
cantik tak telefon antik tu?
Dah seminggu rupanya saya tak update blog, kini tibalah masanya nak update.. Siapa pencipta telefon? Entahlah saya pun tak tahu, kalau nak tahu jom ikuti kisah di bawah..
Ada sebuah kisah tentang penciptaan telefon yang kebanyakannya tidak ketahui. Pada suatu masa, seorang bernama Philipp Reis telah mencabar dakwaan bahawa Alexander Graham Bell sebagai pencipta telefon. Sebaliknya mendakwa, beliaulah orang pertama yang mencipta telefon kerana mampu menghantar not dan ton muzik melalui dawai. 
Untuk mencari penyelesaian, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, hakim memutuskan Bell sebagai pencipta telefon kerana ciptaan Reis hanya mampu menghantar not dan ton muzik, bukannya suara.
Besar sangatkah ciptaan Reis dan Bell? Tidak! Perbezaan tersebut hanya terletak pada sebatang skru yang menukar ton menjadi suara. Sebenarnya Reis tidak gagal, sebaliknya beliau hanya berhenti mencuba. Kalau beliau bersabar sedikit sahaja lagi dan mencari jalan yang lebih baik supaya alat ciptaannya berfungsi, berkemungkinan besar nama beliau yang terukir dalam sejarah sebagai pencipta telefon.
Sebagai perbandingan, Bell lebih tabah dalam usaha beliau. Rakan-rakan pernah mencadangkan beliau dihantar ke rumah sakit jiwa semasa beliau dalam proses penciptaan telefon. Presiden Rutherford Hayes sendiri pernah mengatakan, tiada orang yang akan menggunakan ciptaan Bell. Tetapi dengan ketabahan Bell, terciptalah telefon yang memberi manfaat kepada ramai orang di seluruh dunia.
Besar sangatkah ciptaan Reis dan Bell? Tidak! Perbezaan tersebut hanya terletak pada sebatang skru yang menukar ton menjadi suara. Sebenarnya Reis tidak gagal, sebaliknya beliau hanya berhenti mencuba. Kalau beliau bersabar sedikit sahaja lagi dan mencari jalan yang lebih baik supaya alat ciptaannya berfungsi, berkemungkinan besar nama beliau yang terukir dalam sejarah sebagai pencipta telefon.
Sumber : Majalah Gen-Q
No comments :
Post a Comment