Assalamualaikum semua..
Kenapa pula tiba-tiba saya suruh jangan tidur ni? Bukan maknanya tak boleh tidur tapi post ni berkenaan elakkan tidur selepas Subuh. Kenapa kena elakkan ya? Kalau nak tahu, scroll down and enjoy your reading!
Sebab Tidur Selepas Subuh Mesti Dielakkan
1. Bukan amalan para ulama dan orang soleh

Para ulama dan orang soleh terdahulu membenci tidur pada waktu begini. Ibn Qayyim menjelaskan bahawa tidur pada waktu ni boleh mematikan hati, buatkan badan malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga.
2. Terlepas menghirup udara segar

Kajian tunjukkan bahawa pada jam 3.00 - 7.30 pagi paling segar dan terbaik untuk dhirup. Ia bersih daripada pencemaran asap kenderaan dan gas beracun. Udara segar penting untuk kembalikan kesegaran otak dan tubuh.
3. Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut

Ibn Qayyim berkata " Pagi hari umpama hari muda seseorang, manakala waktu ibarat hari tuanya. Jika seseorang pada waktu muda sangat berpengaruh kepada amalan sewaktu tuanya. Jika seseorang sudah bermalas-malas pada pagi hari, maka dia juga akan menjadi malas pada waktu petang dan malam.
4.
Pintu rezeki menjadi sempit

Rasulullah s.a.w. melihat Fatimah r.ha sedang berbaring setelah solat Subuh, lalu baginda bersabda, maksudnya,
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbitnya fajar sehingga terbitnya matahari." (Riwayat al-Baihaqi)
Thanks to :

No comments :
Post a Comment