Assalamualaikum semua. Lama kan saya tak update? Sebenarnya saya masih jet lag sikit. Badan pun masih terasa penat. Tapi saya tetap gagahkan diri saya nak update untuk pembaca semua.
Haa..dah baca tajuk di atas? Dah tahu kan apa yang nak saya kongsikan pada hari ni? Saya nak kongsi tentang manfaat berwuduk sebelum tidur. Berwuduk ni banyak kelebihannya..Tak sabar nak tahu? Jom baca!
Manfaat Berwuduk Sebelum Tidur
- Meregangkan otot-otot sebelum badan berehat panjang. Kalau nak tahu, air yang kita sapu pada anggota badan semasa berwuduk boleh mengendurkan otot-otot yang tegang setelah sehari suntuk aktiviti seharian.
- Mengelak penyakit. Tahu tak, yang perbuatan mencuci tangan dan kaki boleh buang banyak bakteria yang melekat pada anggota tersebut. Berkumur dan memasukkan air dalam hidung juga boleh buang bakteria. Bakteria berpotensi untuk membiak dengan cepat semasa kita tidur. Berwuduk dapat elak sakit tekak dan resdung.
- Mencerahkan kulit wajah. Bab ni mesti ramai perempuan suka betul tak? Semua nak jadi putih, tahu sangat perangai perempuan ni.. Bagaimana ia berlaku? Haa..apabila kita basuh muka, sel-sel kulit mati dapat dibuang dan boleh menambah lagi kesegaran wajah.
- Mendapatkan kesegaran pada pagi esok. Tubuh lagi segar bila dapat tidur yang secukupnya dan berwuduk sebelum tidur. Kenapa? Sebab dengan berwuduk, seseorang sebenarnya sedang disiplinkan diri untuk tidur dalam keadaan yang paling selesa.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidur pada malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), malaikat mengikutnya. Ketika dia bangun daripada tidur, malaikat itu akan berdoa : 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si polan kerana dia tidur pada malam hari dalam keadaan bersuci.'" (Riwayat Ibn Hibban)
Jom sama-sama kita berwuduk sebelum tidur!
.jpg)
Sumber : Majalah Gen-Q
No comments :
Post a Comment