Assalamualaikum semua. Lama betul saya tak update blog. Baca tajuk di atas tu ada yang rasa pelik tak? Tak de? Okeylah, hari ni saya nak cerita pasal sudut ibadah.
Kalau di kelas, ada sudut bacaan, apa kata kita buat satu sudut dalam bilik kita. Bukan sudut bacaan, tapi sudut ibadah. Agak-agaknya apa yang ada di sudut ibadah tu?

Sediakan satu tempat khas yang tinggi untuk letak Al-Quran.

Sediakan sebuah kotak khas yang menempatkan buku kecil macam al-Mathurat atau al-Manzil, tasbih, kopiah dan sebagainya. Ini untuk memudahkan mencari dan mencapai kesemua item tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Untuk remaja perempuan, gantung telekung dengan kemas.

Sediakan satu senarai semak harian, mingguan, dan bulanan berkenaan aktiviti ibadah yang nak dilakukan. Tandakan

bagi aktiviti yang berjaya dilakukan.

Di sudut ibadah juga, tampalkan kata-kata hukama yang boleh memotivasikan diri ke arah keseronokan beribadah.

Nota hati
Catatan ni ringkas tapi berguna. ^_^ Insya-Allah..

Hadis Of The Week
Daripada Abu Musa Al-Asyari r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain." -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
5 comments :
thanzz for share :)
@misz coklat you're welcome, asma.
aloo :< kat blog/ask.fm panggil kte wawa sudohlahh :b
@misz coklat ye lah, as..maksud kite wawa. Hahaha!!
bwekkk :b
Post a Comment